Tuesday, February 5, 2013

SEPANJANG JALAN- BESUT HINGGA KEMAMAN.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang.
Dari Pasir Putih, Kelantan , kami meneruskan perjalanan mengikut jalan tepi pantai Terengganu.
Indahnya melihat air laut yang membiru sepanjang jalan.
Di Seberang Jertih, berhampiran traffik light terlihat satu masjid kayu yang sangat cantik.
Masjid kayu yang penuh  dengan senibina melayu-berukir-ukir.


Masjid baru di sini cantik-cantik. Saya terpikat dengan seni ukirannya.
Saya juga terpikat dengan keindahan pantainya. Biru dengan ombak putih yang cantik melambai-lambai...

saya melihat mereka mendirikan rumah-rumah membelakangkan pantai yang sangat cantik!
Ini macam tasik.
Sawah padi.

Ke tempat makan di D Benteng, TTI.

Makan berlatar belakang pemandangan indah.

Boleh tengok cruise. RM 20 seorang kalau nak bersiar-siar dengannya.
Nasi Beryani di D Benteng, TTI RM 8.00.

Nasi Lemak RM 5.50.

ABC ada ice cream RM 2.50.

Jalan untuk menaiki cruise di Pulau Wan Man. Kami tak naik pun...


Topiari di tepi-tepi jalan.


Masjid Terapung dikenali sebagai Masjid Tengku Tengah Zaharah.


Masjid Hadhari.

Chicken chop di Kemaman. RM 8.00

Alhamdulillah.


3 comments:

Dr Singa said...

banyak masjid2 cantik2 sepanjang jalan tu kan!

Hjh Noralenna Abbas said...

Singgah Kuantan tak?

Kakzakie said...

Sepanjang jalan menjamu mata dan selera baru betul-betul makan angin ni Kak Ju.

Beli kain sutera di Pasar Payang tak Kak Ju. Mahal tapi cantik kan... kalau pandai loghat style sana dapat murah sikit.