Tuesday, January 8, 2013

25 SAFAR - KAWIN






 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
'Dan ( kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya: mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu : sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.;
'Dan (kenangkanlah ) ketika Kami belahkan laut ( Merah) untuk kamu lalui ( kerana melarikan diri dari angkara Firaun) maka Kami selamatkan kamu dan Kami tengelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
( maksud ayat 49, 50 surah Al Baqarah)

Majlis kawin jiran kami.

Malam. Temanya nampak klasik dan agak mewah.
Makanan ala party. Ada sate, laksa, keow Teow,nasi lemak dll.
Alhamdulillah. Terjalin hubungan sesama jiran-jiran.

Esoknya ke Senawang, Kami sekeluarga di jemput ke majis kawin lagi.
 Apa yang terbakar tu?

Cantiknya...
Cucu tuan rumah yang comel.

Inilah pengantinnya.



Meriah dan bergaya.

Kami bersama ibu bapa pengantin.

Moga pengantin diberkati Allah dan bahagia dunia akhirat. Amin.
-


'Dan ( kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa ( untukmemberi kitab Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) 40 malam. Kemudian setelah ia pergi, kamu menyembah anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim ( terhadap diri kamu sendiri)
(maksud ayat 51 surah Al Baqarah)
'Dan ( ingatlah) ketika Nabi Musa memohon diberi air kepada kaumnya , maka Kami berfirman "Pukullah batu itu dengan tongkatmu"( ia pun memukulnya)lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air : sesungguhnya tiap-tiap satu puak ( di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman" Makanlah dan minumlah dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
(Maksud ayat 69 surah Al Baqarah.)

'

3 comments:

Dr K said...

Best juga buat majlis kawin malam2 tu kan Mama Ju...santai..tema parti tu pun best...

Kakzakie Purvit said...

Majlis org banyak duit boleh buat macam ini Kak Ju. Kalau org kampung kakak rata-rata buat di rumah aje..

Unknown said...

Senawang???dekat ngn rumah mak wan tuh..Kalau tau mesti mak wan g cari.dapat kita bersilaturrahim.