Sunday, January 6, 2013

23 SAFAR - EMAK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua ( berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk'
'Dan peliharalah diri kamu dari ( azab sengsara)  hari ( akhirat)  yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain ( yang berdosa)  sedikit pun ( dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka ( yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.'
(Maksud ayat 43, 38 surah Al Baqarah)
Ini kampung saya. Kg Belahan Tampok, Rengit. Di sinilah saya dilahirkan.
Sekarang saya hanya ada emak.
Abah saya sudah meninggal tiga tahun dahulu. Al Fatihah untuk abah.
Saya sayang emak.
Ini bunga melur. yang emak tanam.
Bila  Ustaz kata tanamlah bunga-bunga renek seperti ini di kubur, adik pun tanam, tapi mati dan belum berganti lagi...
Emak tabah hidup sendiri. Emak sibukkan diri  dengan program kemasyarakatan kg.
Ramai orang disekeliling  yang membantu .
Saya memang tabik dengan jiran dan sepupu-sepupu yang membantu. Terimakasih sangat-sangat terutama kepada PA emak...
Emak  uruskan semua.
Sekali sekala rmak akan ke rumah anak-anak. Biasanya cuma beberapa hari. Emak tak betah duduk lama-lama...
Kalau nak cepat balik, emak naik bas....


Emak memang suka bunga.

Bunga keembung. 



Emak ada 23 cucu.


Misai kucing.


Pokok mangga yang mungkin sama tua dengan saya.



Kami anak-anak mendoakan emak bahagia dunia dan akhirat.
Doakan kami juga bahagia.
Moga kami selalu balik kampung jumpa emak.

Sayang untuk emak....

-
INGAT ALLAH
INGAT RASULULLAH

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

2 comments:

afeezz said...

assalamualaikum mama

arwah mak sy pon suka bunga, kebanyakkanya ayah yang tanamkan...

Kakzakie said...

Emak... kakak macam nak cari je bila tiba Benut tu tapi selalu tak berkesempatan..

Moga mak terus sihat.