'Dan ( kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya: mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu : sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.;
'Dan (kenangkanlah ) ketika Kami belahkan laut ( Merah) untuk kamu lalui ( kerana melarikan diri dari angkara Firaun) maka Kami selamatkan kamu dan Kami tengelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
( maksud ayat 49, 50 surah Al Baqarah)
Majlis kawin jiran kami. |
Malam. Temanya nampak klasik dan agak mewah. Makanan ala party. Ada sate, laksa, keow Teow,nasi lemak dll. Alhamdulillah. Terjalin hubungan sesama jiran-jiran. |
Esoknya ke Senawang, Kami sekeluarga di jemput ke majis kawin lagi. Apa yang terbakar tu? |
Cantiknya... |
Cucu tuan rumah yang comel. |
Inilah pengantinnya. |
Meriah dan bergaya. |
Kami bersama ibu bapa pengantin. Moga pengantin diberkati Allah dan bahagia dunia akhirat. Amin. - |
'Dan ( kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa ( untukmemberi kitab Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) 40 malam. Kemudian setelah ia pergi, kamu menyembah anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim ( terhadap diri kamu sendiri)
(maksud ayat 51 surah Al Baqarah)
'Dan ( ingatlah) ketika Nabi Musa memohon diberi air kepada kaumnya , maka Kami berfirman "Pukullah batu itu dengan tongkatmu"( ia pun memukulnya)lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air : sesungguhnya tiap-tiap satu puak ( di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman" Makanlah dan minumlah dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.
(Maksud ayat 69 surah Al Baqarah.)
'
3 comments:
Best juga buat majlis kawin malam2 tu kan Mama Ju...santai..tema parti tu pun best...
Majlis org banyak duit boleh buat macam ini Kak Ju. Kalau org kampung kakak rata-rata buat di rumah aje..
Senawang???dekat ngn rumah mak wan tuh..Kalau tau mesti mak wan g cari.dapat kita bersilaturrahim.
Post a Comment