Sunday, December 2, 2012

WARNA WARNI MAHA- 1 (MAEPS)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dua tahun sekali MAHA di adakan di MAEPS Mardi, Serdang. Kali ini pada 23/11/12 - 2/12/12.
Suasana sungguh meriah. Berbagai teknologi dan inovasi baru ada.
Hari akhir saya ada di sana, Sejuta jagung tu dah habis!
MAHA sungguh luas!
Antara kenderaan utama ialah tram yang dibawa oleh traktor.
Ada berbagai laman seperti laman padi, Herba, bunga dll.
Ada bahagian ternakan, jentera.
Semuanya menarik.
Giant Pumpkin ini berada di Laman padi .(segala sayuran ada di sini.)
Wakaf ini betul-betul di hadapan giant pumpkin. Kami menikmatinya sambil makan-makan!
Tak pernah tau pun ada bunga  ni...
Gerai tersangatlah banyak. Kadar sewa RM 4,000 ( yang saya tau..)
Kobis dan segala macam sayur.
Semasa saya di sini, pegawai-pegawai Mardi sedang menunggu ketibaan Dato Noh Omar.
2 tahun sekali mesti posing di sini. Kali ni buahnya agak kecil.
Ini di dalam dewan. Tengok padi
 Ada empat dewan .
Dewan antarabangsa pun ada.
Juraian benang daripada nenas . Siap dibuat baju.
Hasil dari Politeknik Johor Bharu.
Saya beli Mulberi RM 12
Hehe mula-mula saya ingat mereka jual kambing, rupanya jual kambing bakar!

Alhamdulillah.
Kita sambung lagi, insyaAllah.

5 comments:

Dr K said...

MAHA sebelum ini saya ada pergi..tapi kali ni, tak pergi pun..sebab tak larat nak bersesak sesak dgn bawa anak kecil..dulu takde anak lagi..hihih

kambing bmx! mesti sedap kambing bakar tu kan..;P

ps: ada juga MAHA peringkat negeri, dlm tahun ni kalau tak silap saya, dibuat di Paroi, N sembilan.

Dr Singa said...

manis tak mulberi tu..?
boleh hidup subur kat Malaysia eh..

TUN TIJAH said...

MAHA 2 tahun yang lepas saya sangat kepenatan berjalan-jalan tapi tak beli apa pun.
Teringin juga nak pergi tahun initapi tidak berkesampatan....asyik balik ipoh jer....hihi

afeezz said...

tak pergi plak laman sayuran tu pasal sibuk nak tgk kambing kat laman ternak.. heheheh...

Unknown said...

As salam mamaju,

Bunga tongkeng? First time jugak dgr..lucu pulak... :)