Monday, December 3, 2012

WARNA WARNI MAHA - 2 (MAEPS)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Jam 8 pagi, kami dah ada di tapak MAHA. Kami mula menapak.....
Sehari memang tak cukup untuk menikmati MAHA.

Jejaka-jejaka ini membawa kucing untuk pertandingan kot!
Walau masih pagi, peniaga sudah mula berjualan.
Saya sangat suka rusa bertanduk. Bayar RM 3 boleh pegang2 rusa yang jinak-jinak.
Saya harap saya boleh mengunjungi ladang rusa mereka di Sg Lembing, Pahang.

Landak. Tak sangka pulak tengok binatang-binatang ni mengujakan!
Susah nak dapatkan gambar kambing ini. Harganya?.... Kambing ni berkawan dengan rusa . 
Di bahagian makanan ternakan.-  
Ramai yang pakai topi cowboy . RM 15.
Sebelum balik, ambil peluang buat urut kaki dengan Group OKU. RM 10 untuk 15 minit.
Pokok untuk dijual.

-
Alhamdulillah.

9 comments:

Kakzakie said...

Kakak tak pernah pergi MAHA. Kak Ju beli apa ke sana. Mesti banyak bunga orkid kan...

Kakcik Nur said...

Assalamu'alaikum MJ...

kakcik tak sanggup nak pergi sebab memikirkan kena 'menapak jauh' dan bersesak-sesak. Maklumlah, kakcik ni pengidap semput (alasan je...). :)

afeezz said...

anak kambing baka african dwarf harga rm1500 sekor. cute sgt. rasa macam nak kidnap bawak balik...

Hjh Noralenna Abbas said...

Dah berzaman tak kunjung MAHA! Satu masa dulu dibuat dalam Stadium Negara dan persekitarannya. Kali ini kena 2H1M nampaknya, baryu puas, kan Ju?

Kakizan Omar said...

entah bila dapat ke sana ekk?.. best nyer mama sebab rajin jalan2.. :D

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

tu hari pergi tenguk pamiran dalam dewan ajer..

JunAina said...

Salam...

Aina dua kali ke MAHA. Sekali bersama anak2 tapi biasalah dengan macam2 perangai dan cepat penat. Kali kedua berdua dengan suami 7 jam kami menapak dalam tu.

~aYu~ said...

xpenah gi MAHA.. ajak hubby pegi tp dia xnak.. sbb tang parking dgn cuaca panas.. dia xsanggup nak bwk anak-anak skali gi tmpt camtu.. huhu

Mak Wan said...

tahun ni saya tak pergi Mamaju....badan kurang sihat lutut pulak ngadu tak daya nak menapak.......rasa terkilan juga...nak pujuk hati pergilah nursery dekat rumah......dapatlah orkid2 idaman hati...alhamdulillah..jumpa lagi MAHA tahun 2014...in syaa allah