Sunday, December 2, 2012

MAAF! TAK BOLEH NAIK GAJAH LAGI! (KUALA GANDAH)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kali ini membawa emak dan keluarga Md Razi ke Kuala Gandah, Pahang.
Sewaktu tiba, saya bergegas ke kaunter dengan harapan dapat tiket menunggang gajah.!

Maaf, Gajah tidak bertugas mulai Oktober 2012 atas sebab keselamatan!
(Di atas gambar Nabil  dalam lawatan terdahulu)
Kami melangkah dengan hampa....
Mandi dengan gajah pun tak boleh...air naik...
Akhirnya kami tengok anak gajah saja..
Bagi makan- Pisang RM 5,  Tebu RM 3.
Emak pun berani bagi pisang.
Sdr Razi begitu berhati-hati....
Anak-anak gajah ini jinak dan manja dengan kita.

Walau tidak boleh menunggang gajah dan mandi, aktiviti pertunjukkan gajah masih ada pada jam 2 petang.

Alhamdulillah,
Kami meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur Lentang.
Gambar terbaru- Baru pulang dari Stadium Bukit Jalil.  Gembira dengan kemenangan Msia Indonesia 2-0.
Akmal seorang atlit Olahraga.

Selamat Hari Lahir ke 11 buat Afiqah Najihah.
Moga berjaya dan cemerlang dalam hidup, dunia akhirat. Amin.

5 comments:

zino said...

tak pernah sampai ke sana lagi berapa jam dari KL?

afeezz said...

apasal gajah dah tak bertugas? gajah sakit ker?

Daddy Ziyyad said...

hmmm..tak de rezeki kan nak naik gajah..atas sebab keselamatan? ada kes gajah naik minyak kot sebelum ni...

azieazah said...

Ralat juga ya tak dapat naik gajah tu.
Lama dah saya tak pergi Hutan Lipur Lentang tu.

Selamat Ulangtahun Kelahiran to Afiqah, semoga terus cemerlang!

Dr Singa said...

ramai tak manusia kat sana time cuti-cuti sekolah ni?