“ Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala.” (HR: Al-Bukhari)
Ini En Suppian Yusuf adik kepada suami saya. Beliau memang arif tentang pertanian, maklumlah.... |
Macam mana buah jambu ni boleh bantut? |
Seronok juga adik beradik berjumpa. Cikgu Radiah pun ada. |
Longan ni tak masak lagi, tak bolehlah merasa... Ini isteri En Supian, Tunku Zaidah. |
Kami memberikan pokok kemangi untuk dibawa pulang. |
Moga ukwah adik beradik berpanjangan. Amin. Alhamdulillah. - Sebarkan salam dan semarakkan amal. |
5 comments:
Jadi, grade keseluruhannya?
Mamaju,
Saya 'jeles' tengok pokok buah2an dan tanaman Mamaju, semua subur...rumah Mamaju ada space di tepi, rumah saya pulak rumah tengah...tanaman saya semua dalam pasu di belakang rumah...In Shaa Allah saya akan post sedikit masa lagi...
Hebat tu...mcm2 jenis tanaman yg ada. Rasanya kalau setakat tanam keliling rumah, tak perlu ikut piawaian. Kawasan rumah saya kecil jer dan tidak sesuai untuk tanaman pokok buah2an.
Salam MamaJu..
Sekali bila pakar pertanian melawat tapak....hihihihi..
Kira ok juga tu,mamaJu berbakti pada tanah..ada jua hasilnya...
Assalammualaikom wbt ummi Khaifahaluki....Syukran dapat berjumpa lagi di Blog. Seronok melihat semua tanaman ummi ini membuahkan hasil yang banyak.
Semoga usaha berbudi dengan Tanah ini diteruskan.... "mni7a"
JazakaAllah
Post a Comment