Friday, December 21, 2012

21.12.2012- 7 SAFAR- EMAK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Firman Allah di dalam surah al Ahzab ayat 56 -terjemahannya,
'Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawat lah kamu kepadnya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.'

Satu hari kami  bawa emak jalan-jalan naik LRT.
hehe body guard tu jauh sangatlah...
Sana sini ramai orang...



Tudung ni harganya RM 750, ada apa ntah diamond dan kainnya berlapis-lapis.
Ada seorang bapa membeli sehelai kain, saya tengok kain tu coraknya cantik. Bila di pegang macam kain cotton. Harga? memang saya tak mampu...RM 980.

Emak juga beli jubah.

Kali ni emak cuba dulu.
Yang lepas-lepas , jubah yang dibeli tak memenuhi kriteria emak, sudahnya anak-anak saya lah yang pakai...

Ini mutiara Sabah. Tak taulah emak beli untuk siapa. Emak tanya " ko nak?"
hehe emak memang murah hati.

Kek lapis.

Sekarang ni musin durian crepe jadi emak beli juga. 4 RM 10.


Inilah durian crepe.
Crepe ni cakap melayunya lempeng!
Kekuatan crepe durian ni pada filing kastard / whip krim dan isi durian di dalamnya.
Sedap juga.

 Alhamdulillah.



4 comments:

Marya Yusof said...

As salam wbt mamaju,

Sihat & kuat nampaknye bonda mamaju... :))

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wbt mamaju...ana tak tahu pulak lempeng durian ni...
Tak apa la..balik Malaysia nanti rasanya nak cari dan cuba.

Syukran

Supiah Abu said...

Seronok tengok mak mamaju enjoy ngn jubah...cantik2 pulak tuh...

TUN TIJAH said...

Assalamualaikum,
Bahagianya bila ada emak lagi. Emak dan bapa saya sudah lama menemui penciptaNya. Bagitu juga dgn MIL dan FIL.
Smoga mama Ju terus bahagia dgn emak.