Thursday, December 20, 2012

20.12.2012- 6 SAFAR- MEMETIK BUAH DI UPM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Satu hari kami ke UPM, tak sangka rupanya ada Pesta Buah!

Ingin juga merasa memetik buah sendiri.
Pokok rambutan ni sama tua dengan UPM ke?



Kami jumpa pokok manggis yang belum berbuah. Jumpa  pulasan yang dah  tinggal sisa. dan jumpa rambutan yang  buah-buahnya di bahagian atas pokok!

Merah menyala.
Rupanya UPM menyediakan pengait- 
Kami boleh makan seberapa banyak buah,  hanya buah yang nak dibawa pulang kena timbang dan bayar.



Pondok penimbang.
Buah yang dikait. he he baru tahu susah senang mengait buah!
Buah yang kami dapat.
Tidaklah secantik yang dibeli di pasar.



Sisa pulasan.


Kenderaan pungut sampah.



Berbasikal keliling dusun!

Alhamdulillah.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Fikir dan zikir.
Penghargaan manusia atau Redha Allah? (Professor Muhaya) 







7 comments:

Kakizan Omar said...

Dulu masa kat kampung memang rajin petik memetik nie.. sebab ada dusun.. tapi sekarang nie .. tak ade kesempatan lagi... :D

Daddy Ziyyad said...

Oooh..kena kait sendiri ya MamaJu? hihihi...

- Redha Allah yg kita cari kan...:)

afeezz said...

best nyer.. open tiap2 hari ke tmpt ni? nak pegi lah

mamaina said...

open setiap kali musim buah ke?

kaknor tmj said...

assalammualaikum Ju,

Macam2 xtvt Ju sekeluarga lakukan, bestnya.....di samping tu sama2lah kita berusaha mencari redha Allah

Papa Mifz said...

petik dan bayar yer...bagus konsep nih...:)

Mona said...

salam kenal juhariah. eemm bagusnya UPM buat mcm tu, chek tak tau pun!..kalau chek pi sana...chek panjat aja pokok rambutan tu...hi..hi.tak kait2 dah..aihhh

**salah satu nikmat syurga ialah, boleh memetik buah2an yg hendak dimakan..mengikut keselesaan, sambil berbaring..duduk..atau berdiri. SubhanaAllah...indahnya..!!