Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
|
Rancangan hari ini- Ke Taman Kuda, Times Squares, Star Hill, Pavalion dan Low Yat.
Dari pagi sampailah sembahyang magrib di Low Yat! |
Daripada buku Al Muwatta' Imam Malik - Telah menceritakan kepadaku Yahya dari Malik dari Hisyam bin Urwah bahawa bapanya berkata kepadanya, " Jika kamu dalam perjalanan, sementara kamu ingin azan dan iqamat, maka lakukanlah. Dan jika mahu, kamu boleh saja iqamat tanpa azan,"
|
Gambar Stadium Nasional Bukit Jalil di siang hari( sewaktu memulakan perjalanan.)
Turun dari LRT, kena boo dengan penonton Indonesia, takut bila mereka sangat ramai!
Terdengar lagu Negaraku dinyanyikan.
Semangat datang!
Tiba-tiba dapat idea nak menonton bola....
Stadium ini memuatkan 100,00 penonton. |
Yahya berkata" Saya mendengar Malik berkata ." Tidak mengapa seorang lelaki mengumandangkan azan, meskipun dia di atas kenderaannya"
|
Ke tempat tiket. RM 30 dewasa dan RM 10 kanak-kanak. |
|
Kanak-kanak dewasa ni tentulah suka. Pertama kali tengok bola live! |
|
Duduk di tempat penyokong Malaysia. |
|
Sejak bila pulak diaorang ni minat bola? |
|
Jangan leka ya En Polis! |
|
Berpuluh ribu penyokong Malaysia. |
|
Ruang sebelah tu untuk penyokong Singapura. Macam kosong...
Alahai 3-0.
Pulang dengan lemah longlai.
-
Telah mencertakan kepada ku (Imam Malik) Yahya dari Malik dari dari Abu Hazm bin Dinar dari Sahal bin Saad As Saidi , dia berkata" ada dua waktu yang di dalamnya dibuka pintu=pintu langit dan sedikit orang yang tertolak doanya: saat azan dan saat berperang di jalan Allah"
(Sumber- Al Muwatta')
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal. |
2 comments:
saya nengok kat TV je..
Sempat tengok tak bas pemain Msia yang kena kepong dan di hogah tu?
Post a Comment