Tuesday, November 20, 2012

TAMAN SERI EMPANGAN, PUTRAJAYA.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangann, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.'
(Terjemahan ayat 36 surah Yassin)
'Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu( setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?'
(Terjemahan ayat 62 surah Yassin)


Taman ini letaknya tak jauh dari PICC
Pertama kali ke sini. Sebenarnya kami nak berbasikal....
Dari jambatan utama, kami ke kanan, sepatutnya kami ke kiri....tu jadi  tawaf merata...

Parkir kereta, inilah yang kami nampak!

Empangan.

Pokok-pokok yang sudah matang.
Sesuai untuk berkelah, beriadah sambil menikmati keindaham alam. Di hujung blah kiri ada pejalan kaki dan wakaf.
Saya pernah melihat di dalam blog teman, suasana makan yang meriah di sini pada waktu malam.

Bangunannya cantik, kami juga ingin makan-makan di sini.

Kami nampak gerai-gerai tutup dan kerusi meja yang diterbalikkan!

Suasana sunyi...

Bertanya kpd pengawal " Ada makan-makan di sini?"
"Dah tutup sejak puasa lalu. cik dapat tender ke?"

bla,bla, bla.....







Ada dua ekor ikan macam ni. Ni dekat pejabat pentadbiran.

Awan yang cantik.



Mungkin hujung minggu tempat ini meriah.

Alhamdulillah.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

14 comments:

Dr K said...

saya pernah lalu kawasan ni waktu malam..mmg cantik pemandangan waktu malam...siang2 mcm ni pun cantik..dgn latar langit membiru..

baru tahu ada empangan kat putrajaya! haha

Unknown said...

walaupun saya pernah duduk di Presint 8 Putrajaya lebih 3 tahun, tapi saya tak pernah sampai ke tempat ini.

zino said...

banyak tempat menarik di Putrajaya tu..memalam pun cantik..

TUN TIJAH said...

saya belum pernah ke sini tapi kalau Equestrian Club tuh pernah singgah suatu masa dulu.

anyss said...

Assalamualaikum,
Dah lama teringin nak pergi sini, tp tak tau dok tang mana

Miss Layaleya said...

Salam..

Saya pernah lepak sini 2,3 kali jgk.. siang & mlm pn best.. Wlaupn duduk Putrajaya dh 6 tahun tapi byk tmpt yg saya x pernah pergi.. TQ sis sbb share tmpt2 cantik kat sini..

:)

Unknown said...

seperti biasa... sangat kagum..:D

Hjh Noralenna Abbas said...

Jelajah Putrajaya dengan berbasikal. Saya suka....

kaknor tmj said...

cantik tempat ni, tk kerana tunjuk view di sini, kalau bawa makanan n makan2 kat sini tentu best

Amin Hafizy said...

tiap2 hari lalu sini.... kadang2 jer sempat singgah.... tempat agak menarik ... tutama utk bergambar background cantik...

Unknown said...

yer la...cantek la bangunan tuh...kagum PM di buat nyer...;)

azieazah said...

Sejak dari dulu, saya suka Putrajaya!

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)