Saturday, November 24, 2012

BELAJAR ICE SKATING

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'..Berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu ( dari urusan-urusan hidup di dunia ini) dan apa yang ada di belakang kamu ( dari huru hara  dan balasan akhirat) supatya kamu beroleh rahmat..'
(Terjemahan ayat 45 surah Yasin)

' Maka pada hari itu, tidak ada seseorang  yang akan dianiayai sedikit pun dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan'
( Terjemahan ayat 54 surah Yassin)

Ingin belajar main ice skating?
Jom  ke Sunway Pyramid.
Sepatu yang dibekalkan. Keras!
Bayaran untuk ice skating RM 23.00 untuk masa cuti sekolah ini. RM 15 kalau hari-hari biasa.
Bagi tukang support , RM 2 dikenakan.( Bolehlah duduk dekat dan ambil gambar.)
Kelas express RM 60 untuk 30 minit. Ada jurulatih khas.
Budak-budak ni tak ikut kelas pun....
Bayaran untuk glove RM 8 , hehe kami guna glove  KRS.
Mula-mula menapak di tepi an...
Alia cuba imbang badan.
Jatuh-jatuh tu biasalah.
Alia yang paling kerap jatuh.... ini Alia tarik...tiga-tiga jatuh..

Jatuh lagi..
Siksanya nak naik...
Akhirnya Alia berjaya!
Adila masih takut-takut.

Alhamdulillah.
'Wahain Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau telah bebankan kepada orang-orang terdahulu daripada kami.  Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah  dosa kami dan berilah kami rahmat . Engkaulah penolong kami, Oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaun yang kafir'
(Terjemahan ayat 286 surah Al Baqarah)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

8 comments:

Kakzakie said...

Kira pandai uga mereka main Kak Ju. Kalau kena kakak terlentang terus melepek agaknya. Nampak seronok mereka main:)

Kak Mahh said...

Akak tak pernah mencuba ni....mesti best kan jatuh-jatuh lagi.

razijohari said...

Best nyer.....

Noraisah Jamil said...

yg pandai main ni kakak dengan alang... adik terai sekali asyik jatuh je terus give up hehe

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom....
Seronok beriadah bersama-sama keluarga di musim cuti sekolah ini kan....

Sejuk sangat ke temat tu?

azieazah said...

Cuti sekolah ni bukan sewa kasut skate jer jadi mahal, kan? mana-mana tempat pun semua naik harga.

afeezz said...

assalamualaikum mama

ade lagi satu ice skating ring yg sy tau. dekat ngan hotel ape ntah di e@curve mutiara damansara. tp tak la sebesar sunway piramid.

Kesuma Angsana said...

amboi hebat juga anak2 ye