Tuesday, September 11, 2012

SYAWAL 25- JOM KE TASIK PUTRAJAYA AYAH!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Abdul Rahman bin Shakir ra bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda yang maksudnya:" Apa pun  yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah dan apa pun yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka ( tidak mahu taat dan patuh)"
n
Satu hari yang ceria, kami bersiar-siar di tepian tasik Putrajaya.


Pembantu ayah.
Ayah ada ramai pembantu.
Dari sini boleh tengok Masjid Sultan Zainal Abidin.
Duduk berehat sambil menikmati udara nyaman dan sepoi-sepoi bahasa...

Ayah mula nak buka-buka tu...

Boleh tengok cruise. Cruise nilah yang saya naik tempoh hari.
Perahu panjang, 
Perahu Dondang Sayang. Kalau tak silap untuk menaikinyaRM 20.


Seketika di sini dan kami beredar.

.
Pintu belakang Masjid Zainal Abidin.

Dalam perjalanan nak ke Masjid, Farah, Amirah dan Ayah.
Mereka berjaya buat ayah ketawa.
Peace ayah.!


'Masih mengajar diri, memujuk hati dan mendidik sanubari menjadi tabah dan kuat ( tulisan blogger Pn Hjh Zakie Purvit)' Kata-katanya tika menjaga bapanya.

Alhamdulillah.

-
Sebarkan salam dan semarakkan salam.

1 comment:

razijohari said...

Alhamdulillah......