Saturday, September 8, 2012

SYAWAL 21 - DUHAI ANAK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Surah Luqman ayat 13- 19 Juzuk 21

Ayat 13 ..."Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah ( dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar"
Akram Muzaffar Mohd Razi (Anak adik saya)

Ayat 14. Dan Kami wajibkan  manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya: ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan ( dari awal mengandung hingga  akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun: ( dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibu bapamu: dan ( ingatlah) kepada Aku lah jua tempat kembali ( untuk menerima balasan).

Ayat 15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutu denganKu sesuatu yang engkau- dengan fikiran sihatmu- tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turunlah jalan orang rujuk kembali kepadaKu ( dengan tauhid dan amal-amal soleh). Kemudian kepada Aku-lah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Ain Mardiah Mohd Razi dan Arif  Mohd Amin.
Ayat 16- ..."Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara ( yang baik atau buruk) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalambatu besar atau di langit atau pun di bumi , sudah tetapakan dibawa oleh Allah ( untuk dihakimi dan dibalasNya): kerana sesunggunya Allah Maha Halus pengetahuanNya: lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

Ayat 17- ..."Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

Ayat 18- Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong: sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.

Ayat 19- Dan sederhanalah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu ( semasa berkata-kata) sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.










7 comments:

Kakzakie said...

Sebagai penjaga pula kita juga tidak boleh lari kerana kelak akan ditanya adalah telah dijalankan tanggungjawab yg digalas?

Anak-anak siapalah yg cute-miut nie Kak Ju...

Mak Wan said...

Assalamualaikum Mamaju

Aduhai anak kesayanganku.........itu panggilan Lukmanulhakim kepada anaknya.
Semoga anak anak kita termasuk dalam "Kurrotu 'Akyuuun"

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

wajah2 anak2 soleh dan solehah
amin

ain mardhiah md razi said...

Assalam...... Terima kasih Auntie Ju.... comel tak saya! .....Ain Mardhiah Bt Md Razi

Akram Muzaffar said...

Tima kacih Auntie JU..... Saya handsome tak?

Kak Izan said...

MamaJu.. satu peringatan untuk anak2 dan ibu ayah juga...sebab kita juga asalnya anak.. :D

Anonymous said...

online [url=http://viagraprixenligne.com#9853] viagra generique prix[/url] sans prescrire [url=http://viagrasildenafilprix.com#1636] viagra sildenafil[/url] faits Viagra effets [url=http://viagrageneriqueprix.com#31]viagra[/url] sans ordonnance Même s'ils sont annoncés comme tout naturel, de nombreuses formules sont à même pas proche [url=http://levitra-generique.eu#4228]levitra[/url] Prix pour