Friday, September 7, 2012

SYAWAL 20 - SEKITAR MASJID PUTRA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Ibn Masud ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Tidak halal  daripada seorang muslim yang bersaksi bahawa tidak  ada yang disembah melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali kerana salah satu daripada tiga perkara: Berzina, padahal dia sudah berkahwin, membunuh orang dan meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jemaah ( murtad)"
(riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Mimpi-mimpi saya semuanya di Putrajaya. Saya tidak jemu di sini walaupun sekadar minum secawan teh o ais.
Saya sukakan keindahannya. Tidak sibuk dan deko bangunannya yang sangat memikat. Setiap satu berbeza-beza.
Ini pemandangan dari Souq. Di sini banyak barangan cenderahati dijual.
Cantki pokok palma tu..

Dari situ saya menaiki escalator ...saya mengambil gambar ini.

Di celah-celah pohon. Juga gambar dari escalator.

Saya sudah tiba di Dataran Putra. Saya lihat banyak pokok-pokok bunga ditanam secara berkelompok.
Emak panggil bunga ni bunga ganyung.

Di dataran, mata tertumpu kepada Kabaah buatan. Oh hari ini ( Ahad) ada ceramah haji perdana di masjid Putra.  Dataran di tutup kepada orang awam.
Saya masuk melalui Promenade( belakang Mampu)

Saya ke masjid Putra.
Tak jemu-jemu saya ke sini.

Di dataran masjid macam-macam gerai ada.
Semuanya menanti bakal jemaah yang akan berada dua hari di sini.

Pemandangan dari anjung Masjid sebelah kanan.
Istana Darul Ehsan.

Pemandangan dari hadapan masjid ( dekat dengan imam).
Saya kira rumah Puan Noraini Baharum di seberang tasik tu...

Saya ingin meneruskan mengambil gambar lagi, tiba-tiba saya rasa kamera saya kehabisan bateri!

Alhamdulillah.

Sesekali tanyakan kepada diri,”Sudah kemaskah ruang bilikku apabila nanti didatangi tetamu yang bertanyakan soalan yang sudah kita ketahui. Sudah sediakah jawapannya apabila ditanya nanti soalan yang berbunyi – Siapakah Tuhan kamu? Siapa Rasulmu? Apakah kitab mu? Apakah amalan mu?”
Ketika itu.. luaskah dan terangkah nanti ruang kamar milik kita?
(petkkan tulisan Roza Roslan)

Daripada Ibn Abbas ra berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesunggunya Allah telah memaafkan ( keranaku) daripada umatku yang khilaf dan lupa dan yang dipaksa atas mereka"
(riwayat Daraqutni dan Al Hakim)

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

7 comments:

Marya Yusof said...

As salam mamaju,

Putrajaya sememangnya gah serta membanggakan kita sbg anak jati Malaysia... Kalau kita kagum apatah lg orang luar.. moga keamanan & keharmonian negara kita berkekalan...insya'ALLAH... ameen... Cantik gambar2 tu semua... Pandai mamaju ambik :))

Sunat bila mengingati mati...semoga kita sama2 mendapat khusnul khatimah... ameen...

Kak Izan said...

Mama Ju... saya rasa saya jatuh cinta kat Putra Jaya kerana membaca blog mama.. :D

Anonymous said...

assalammualaikum mamaju

tiap2 hari ada saja activity
mamaju tak kerja ke???

mama ju, said...

Salam sejahtera kawan2-

Anonymous,

He he Masa kerja sudah berlalu, now I'am Lady of Leisure- taraa.

terimakasih.

Kakzakie said...

Kakak pun panggil bunga ganyung Kak Ju. Rumah bapak ada yg warna kuning juga. Merebak pokok nie tapi bunga sentiasa ada. Cantikkan..

Pokok palma tu macam pokok kurma di madinah berderet nampak sejuk...

Maiyah said...

mmg cantik
tp sy x prnh smpai
insyaAllah satu hr nnti kot ;)

ummu said...

assalamualaikum mamaju
subhanallah indahnya pemandangan di sana
dengan lensa akak semakin ia unik
selamat menjalani ibadah kak