Wednesday, August 29, 2012

Syawal 11-Cik Husna, Jom sembahyang ...- Ustaz Don!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang pada waktu malam selain sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Atau pun lebikan ( sedikit) daripadanya. dan bacalah Al Quran dengan Tartil. (Seyugialah englau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat ( kepada orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya  kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.( Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam) kerana sesungguhnya engkau pada waktu siang mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya'
(Terjemahan ayat 1- 7 surah Al Muzzamil surah 73)

Gambar- kredit kepada Photoline Creative studio. ( atas dan bawah)
Gambar- Kredit kepada Artmosphere Photography.
Gaya Ustaz selebriti.
Menurut ustaz Don, beliau berharap agar perkahwinannya itu akan melengkapkan imannya dan keenam-enam rukunnya. "Alam perkahwinan yang telah saya lalui ini ibarat melengkapkan iman dan bersyukur kerana segalanya berjalan lancar"
Hehe ada orang kata Ustaz macam Amy Search....
Gambar- Kredit kepada Nadia Photography.
Cenderahati.
'Dan sebutlah ( dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu,(terus menerus siang dan malam) serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan,'
(terjemahan ayat 8 surah Al Muzzamil 73)

Alhamdulillah.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

8 comments:

Ummi said...

Assalam mamaju,

Perlu dicontohi oleh bakal2 pasangan pengantin. Tak perlu bermekap macam pelakon opera cina, wajah pengantin tetap berseri.

kakcik said...

Berbahagialah mereka hingga ke syurga, InsyaAllah.

atuk said...

Salam Aidil Fitri Mama Ju

moga mereka terus bahagia

pB said...

nak menantu seperti ini

Azie said...

Bahagia kalau dpt menantu seperti Ustaz Don

Mak Wan said...


Sama samalah kita doakan Ustaz Don dan Pn Husna kekal bahagia hingga ke syurga. Cepat menimang cahaya mata.Insyaallah
Terima kasih Mamaju.... upload banyak gambar.

kaknor tmj said...

Assalammualaikum Ju,

Ju masih menginginkan Ramadhan berpanjangan agaknya {gurau je),tu sebab silap tulis bulan.
Cantik sungguh Cik Husna ya Ju, bertuah dpt bersuamikan Ustaz Don. semoga Allah memberkati rumahtangga mereka

Hjh Noralenna Abbas said...

Terima kasih Ju...