Thursday, August 30, 2012

SYAWAL 12- BERAYA DI PANTAI


Cucu bungsu emak. Nur Qasih Mohd Amin.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Sesungguhnya orang-orang yang SELALU MEMBACA KITAB ALLAH dan TETAP MENDIRIKAN SEMBAHYANG serta MENDERMAKAN DARI APA YANG KAMI KURNIAKAN kepada mereka, secara bersembunyi atau berterus terang, mereka ( dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya.)
(terjemahan ayat 29, 30 surah FAATIR 35 )

Raya ke tiga, semua adik beradik berkumpul di kampong. Kami memang teringin nak bergambar raya di pantai. Pantai Punggur  ni tak jauh dari rumah kami.

(Gambar atas diedit Fatimah Ulfah Adnan)
(Gambar bawah diedit oleh Adila Farhah Kadir)

Dalam gambar ni emak tak ada, emak 'tak sihat perut....'
Gambar lengkap dengan 23 cucu Hajah Jamilah A Aziz.
Gaya cucu-cucu...

Emak ada dua anak perempuan. Adik dan saya.
Saya anak sulong kepada lima beradik. Hehe best jadi anak sulong ni, apa kita cakap diaorang mesti ikut punya....Maaf ya adik-adik, kalau kakak lebih-lebih sangat....
Akmal, Muzaffar, Arif dan Nabil.
Mesti ada gambar terbang-terbang ni...
Saya , suami dan empat cahaya mata.
Adik kedua dengan 6 cahaya mata.
Adik ketiga dengan lima cahaya mata.
Adik keempat dengan lima cahaya mata.
Adik bungsu tiga cahaya mata.( satu tiada dalam gambar)

Cucu sulong emak, Nurul Mumtaza dan cucu kedua Arif Fahmi.

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami , kedua ibu bapa kami dan sekian muslimin. Akhirkanlah  umur kami dengan kesudahan yang baik. Kurniakanlah kami petunjuk, masukkan kami ke dalam syurgaMu dan jauhkanlah kami dari api nerakaMu. Anugerahkanlah kami rahmatMu kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

Kak Izan said...

meriah keluarga mama ju.. best.. :D

pB said...

ramai nya ....

pB tinggal kat Puchong.
Kerja kat CyberJaya

razijohari said...

Alhamdulillah....TQ Kak JU....

Mak Wan said...

Assalamualaikum Mamaju

Alhamdulillah............nampak meriah seisi kelurga.Mesti Mak Ju yang paling berbunga2 hatinya.