Tuesday, August 28, 2012

SYAWAL 10- IBU DAN BAPA SAUDARAKU 22 ORANG!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
'Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup sangka kala dengan sekali tiup. Dan bumi serta gunung-ganang diangkati   ( dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur.Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat. Dan terbelahlah langit , lalu menjadilah ia pada saat itu  reput ( dan runtuh). Sedang malaikat-malaikat  ( di tempatkan) mengawasi segala penjurunya dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan Malaikat di atas Malaikat-Malaikat yang mengawal itu. Pada hari itu, kamu semua dihadapkan ( untuk hitungan amal) tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.'
(terjemahan ayat 13-18 surah Al Haaqqah)

Alhamdulillah. , raya ni saya bertemu dengan ramai saudara mara terdekat.
Berserban putih tu satu-satunya adik datuk yang ada- Hj Ramijan bin Paidin. Beliau lahir pada 1938.
Datuk saya Hj Kaliman bin Paidin meninggal dunia pada 28 Mei, 1982.
Alhamdulillah, saya dikurniakan dengan 22 ibu dan bapa saudara. Ramai!
Ini bapa saudara pertama- Hj Salleh bin Kaliman, lahir 1925.
Sebelah saya tu, isteri beliau Hjh Siti Aminah. 

Ini Hj Salam Kaliman- anak kedua. Beliau dilahirkan pada 1927.
Gambar tahun 1970 yang masih tergantung di rumah Hj Salam. Di tengah tu datuk saya Hj Kaliman, diapit oleh Hj saleh dan Hj Salam.
Di belakang Allahyarham Hj Sahlan ( anak ketiga), Allahyarham Hj Johari (anak kelima- ayah saya), Hj Basri (anak ke sembilan). dan Hj Saripan ( anak ke enam.)
Di rumah Allahyarham Hj Sahlan, anak ketiga.

Alhamdulillah,  ini Muslimah Yatimin anak kepada Allahyarhamah Hjh Saripah ( anak ke empat)
Saya tidak menemui gambar Allayarhamah.
Hj Basri Kaliman, lahir 1940 anak ke sembilan.


Berbaju putih Hjh Massiam Kaliman, lahir 18/6/1947.9 anak ke 12)
Berbaju unggu Hjh Setiyah Kaliman lahir 1955.( anak ke 15)
Hjh Siti Aminah Kaliman, lahir 13/7/ 1944, anak ke sebelas.
Berkupiah putih Hj Saripan, lahir 1937 anak ke enam.
Berbaju kuning Allahyarham Zakaria Kaliman, lahir 2/1/1966( anak ke 19)

 Allahyarhamah Hjh Mirah/ Milah, lahir 1944 (anak ke 10)


Hjh Jumentan Kaliman, lahir 1939( anak ke 8)
Hjh Rubiyah Kaliman, lahir 1957 anak ke 16.


Pn Fatimah Kaliman, lahir 1958 anak ke 17.
Hjh Siti Murni Kaliman, lahir 1969 anak ke  20.


Hj Mohd Alim Kaliman, lahir 3/10/1964 anak ke 18.
Abdullah Jaya Kaliman, lahir 1971 anak ke 21.




Pn Norasyikin Kaliman, lahir 1976 anak ke 22.
Maaf sangat-sangat kepada keluarga pakcik makcik saya, Hjh Yini, Hj Mubin dan Hj Johar, gambar mereka tidak saya temui. Hjh Yini anak beranak berziarah ke rumah raya ni, tapi waktu tu saya keluar beraya.

-Alhamdulillah.
-Sebarkan salam dan semarakkan amal.

6 comments:

Kak Izan said...

Subhanallah.. berkatnya umur mereka... :) Semoga dikurniakan kesihatan yang baik.. :)

Ummi Imtiyaz said...

MasyaAllah...Tabarakallah...untung sungguh lahir dalam keluarga yang besar seumpama ini...

kaknor tmi said...

Alhamdulillah, Allah kurniakan ramai anak2 datuk Ju, yg lahir dr t1925 (yg 1) hg 1976 (yg ke 22), dari berapa org isterinya? Dari segi penampilannya, allahyarham spt seorg tokoh politik atau pentadbir. Berapa usianya ketika meninggal dunia?

Mak Wan said...


Alhamdulillah............keluarga besar. Semoga mereka semua bahagia.

mamaina said...

ghamai tuuu...kalau buat kenuri tumbang sekog lembu. tak yah panggei org lain dah..adik beradik ipar duai cucu cicit piut hj.Kaliman saja dah penuh khemah. tgok pada thn lahir best ni..sure melangut punya anak cucu dengar cerita zaman penjajah. 1st hand eperience rasanya.
gaya hj.kaliman seperti apa yg kaknor tmi kata..ada gaya penampilan

razijohari said...

Al fatihah buat Allahyarham Atuk Haji Kaliman, nenek2, pakcik2, makcik2 yg telah kembali ke rahmatullah. Moga kita semua dirahmatiNya....