Monday, August 27, 2012

Ramadan 9- BERAYA DI KEDIAMAN TUN MAHATHIR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

'Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah: bagiNyalah kuasa pemerintahan dan bagiNyalah segala pujian: dan Ia Maha Kuasa atas sesuatu'
(terjemahan ayat 1 surah At Taghaabun)
Bertempat di No 58, Jalan Kuda Emas, Sri Kembangan, majlis rumah terbuka Tun Dr Mahathir  telah diadakan pada Sabtu 25/8/12. Kediaman beliau tidak jauh dari The Mines.
Kenderaan disediakan untuk ke rumah beliau. Nak jalan kaki pun boleh. 
Sesiapa yang mahu berjumpa, bergambar dengan Tun boleh beratur. Panjang jugalah...
Saya bertemu dengan penyambut tetamu dan terus masuk....
Saya hanya melihat Tun.
Saya bertemu dengan Saudagar Tekua dari Kajang. Hebat mereka ni...


Alhamdulillah, Tun masih sihat. Mula mereka berdua berdiri. Saya perhati beliau senyum saja  tanpa kata.
Nun di sana KLCC! Kediaman beliau berlatarkan padang golf.
Makanan yang disediakan sungguh banyak. Macam-macam ada- mi,sate, rojak, rendang . kuih dll.
Tamu yang hadir.
Alhamdulillah.


''Wahai Tuhan Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah, Wahai Tuhan  kami, Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami: oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir'
(terjemahan ayat 286 surah Al Baqarah)

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

8 comments:

Kak Izan said...

seronok mama ju dapat jumpa Che Det.. tak nampak pun isterinya.. :)
Selamat Hari Raya... :)

kakcik said...

Rajinnya MJ.

Kakcik tak berkesempatan nak ke sana. :)

afeezz said...

assalamualaikum mama : ermmm... tak tau la plak.. klu tau sure nak dtg gak...

Kakzakie said...

Sebelum makan kena exercise buang lemak berasak bagai baru dapat makan kan hihi...

Selamat Hari Raya Kak Ju dan maaf zahir batin dari kakak. Selalu usik Kak Ju entah bila dapat jumpa:)

sonata anak kancil said...

selamat hari raya - maaf zahir batin...kalau dekat mahu jugak saya beraya bersama Tun

Tihara said...

dulu nk g mines selalu nampak umah beliau..skrg dah tak duk sana..

eelobor said...

wah...best nya dapat beraya rumah Tun Dr.M

p/s: nampaknya suami mama ju sekampung ngan wife saya.... hihihi

Marya Yusof said...

As salam mamaju,

Marya teringin nak jumpa dgn Tun tp tak berpeluang... Hubby pernahlah cuma masa tu dia tak berpeluang nak amik gambar... Moga ALLAH panjangkan & berkati umur Tun & isteri... Ameen :))