Sunday, August 26, 2012

SYAWAL 8 - BERAYA BERSAMA GAJAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'DIAlah yang telah mengaturkan kejadian TUJUH PETALA LANGIT yang berlapis-lapis,engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah.: (jika engkau ragu-ragu ) maka ulanglah pandangan (mu)- dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
(terjemahan ayat 3 surah Al Mulk)

Ingin bermesra dengan gajah?
Mari kita ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang.
Dari Tol  Karak, cari papan tanda arah ke Lancang. Dari situ kira-kira 14 km anda akan menemui  pusat ini.
Tempat ini agak terpencil.
Ia di buka setiap hari kecuali hari raya pertama. Masuk PERCUMA.
( Gambar Nabil menaiki gajah berusia kira-kira 10 tahun.)
Elok pergi pagi, anda akan diberi tiket untuk menaiki gajah atau bermain-main dengannya. Bagi yang tiada tiket tengok -tengoklah apa yang ada...
Sewaktu kami tiba, tiket kuning hanya tinggal dua ( tiket untuk merasa naik gajah), jadi hanya Farah dan Nabil mendapat peluang itu. ( Kami tiba 11.30 pagi)
Tiket kuning hanya terhad kepada 100 orang. ( lebih nanti gajah stress!)

Di sini anda belajar untuk sayang dan menghargai binatang. 

Farah dan Nabil  memakai kad kuning. Anak gajah membawa seorang pelawat manakala gajah dewasa boleh  membawa  tiga, empat pelawat. Anda akan dapat rasa sentuhan kulit gajah yang kasar dan tebal 3 cm tu. 
Ada pusat penerangan.
Macam-macam pasal gajah,
Gajah suka dengan air. Ia minum sehingga 150 liter (  anggaran untuk 75 orang minum)
Ia makan sehinga 200 kg tetapi hanya 44 % yang masuk yang lain dibuang menjadi najis!

Jam 2 gajah mula beraksi di pentas. Gajah mengikut apa yang di suruh, menari, ambil kayu, baring, ucap selamat. Gajah faham bahasa Inggeris!
Sebelum tu, gajah2 ni diletakkan di  dalam hutan selama 5 jam. lepas tu dimandikan dan dibawa ke sini.
(Gambar- saya takut-takut , Minah saleh tu, relax bagi makan ke mulut gajah...)
Saya bersama anak saudara dari Kelantan- Muzakkir dan anak saudara dari  Bandar Tenggara- Aminah.
 Sungai yang tenang  tempat gajah mandi.


Kelihatan pondok pelantar menaiki gajah dan pondak berteduh.
Pokok Medang di sana sini.
Gajah-gajah yang dipelihara, dijaga di sini ialah  anak-anak gajah yang terpisah daripada ibunya, gajah yang cedera dan gajah yang bermasalah.
(Beli tebu RM 3 untuk beri kepada gajah)
Pondok tepi sungai.Dari sini boleh tengok gajah mandi.
Nabil, Muzakkir, Aminah dan Farah  turun untuk merasa mandi bersama gajah!
Aminah cuba untuk naik ke atas gajah...hehe licin!





Memang tempat ini menarik.....ada yang saja-saja datang bawa keluarga, bawa bekal sambil riadah di sini.

Jom ke Kuala Gandah!


Alhamdulillah.

Sebarkan salam dan semarakkan amal.



7 comments:

Mak Wan said...

Assalamualaikum Mamaju

Menarik tempat ni ya..........Mak Wan pun nak ajak anak2 ke sana la...kebetulan rumah kawan dekat ngan tempat ni......jadi 2 in 1..insyaallah.

azieazah said...

Wahhh best! best! Saya suka tempat macam nih!

Paling best, gambar bersembur air tuh!

Tihara said...

nama farah dan nabil sama dengan nama anak buah saya..saya selalu lalu jalan ke mempaga dari felda lakum bila nk ke rumah mereka tp tk penah menyempat nk singgah sini ...
selamat hari raya :)

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Cg belum pernah ke sana walaupun di Pahang agak lama juga. Saya kesian tengok gajah-gajah yang buat show, buat apa yang disuruh menghiburkan pengunjung.

MulutPayau said...

Salam Aidilfitri utk mama Ju dan keluarga..maaf zahir dan batin...

Wah...seronoknya dapat bermesra ngan gajah....menarik tempat ni...

razijohari said...

Akan dimasukkan dlm jadual lawatan.....

afeezz said...

assalamualaikum mama : wow.. madi bersama gajah, abis semua bau gajah nnt. hehehe