Thursday, August 2, 2012

Ramada 13 ( Sahabat Nabi SAW/ Ayah)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya: sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati , semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukan.( Terjemahan ayat 35 surah Al Israa)

Sahabat Nabi SAW
25-Abdullah bin Mas'ud
Nama sebenarnya Ibnu Ummu Abd.
Beliau seorang penggembala kambing milik Quraisy. Suatu hari dia didatangi dua orang yang meminta susu kambingnya. Tetapi dengan amanah dia berkata kambing itu bukan miliknya. Lalu seorang dari keduanya berkata bawakan kepadaku anak kambing dan kemudian membaca Bismillah, Tidak semena-mena kantung susu anak kambing itu membesar dan mereka meminumnya bersam-sama.
Lelaki itu adalah Nabi SAW  dan Saidina Abu Bakar. Abdullah minta diajarkan perkataan tadi dan tidak lama kemudian dia memeluk islam.

Beliau adalah yang paling baik bacaan Al Quran dan merupakan orang yang paling alim berkaitan Al Quran.
Kisah  surah Al Waqiah, dialah yang menyuruh  anak-anaknya membaca surah ini setiap malam sepanjang peninggalannya kerana beliau pernah mendengar Nabi SAW bersabda yang maksudnya " Tidak akan papa orang yang selalu membaca surah Al Waqiah"
Ayah dah bertugas, pagi ni tiba-tiba cadar tu dah beralih.....

Ayah balik-balikkan cadar.....baju pun dia terbalikkan.....

Letih agaknya.... tiba-tiba " Pecet gapo tu?" Hehe ayah perasaan saya  mengambil  gambarnya.

" Pecet gapo tu?" saya tanya. " pecet kaki" katanya sambil memicit dan menumbuk kakinya. 

Dua jam kemudian, ayah dah duduk di dalam kereta. Kami nak ke Putrajaya!

Ya Allah, Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta orang-orang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
(Terjemahan ayat 41  surah Ibrahim )

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

7 comments:

ainhany said...

salam ramadan mamaju,

apa khabar?
insyaALLAH mudahan kita dapat beramal dgn surah waqiah ini selain diganjari pahala dan kelebihnanya jua

ain rindu ayah...
syukurlah mama masih ada ayah dan dapat 'melawak' lagi ...ALLAH sedang mncatat pahala2nya buat mama sekeluarga..
selamat beramal mama

kaknor tmj said...

Assalammualaikum Ju,

kiutlah telatah atuk, atuk berupaya ke berpuasa.seronok hidup atuk, sentiasa dikelilingi anak cucu dan dibawa berjalan2

Unknown said...

tiba2 saya rasa sangat sedih dan rindu dengan almarhum abah.. semoga mamaju sentiasa sihat untuk terus berbakti pada ayah..

Hida Kadiso said...

tetibe rindu kat abah walau pon baru je minggu lepas balik kg..

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah masih mampu berpuasa ayah Kak ju. Lagi pula ada peluang menjaganya.

Ohhh... kalau ikan masak lemak cili padi kakak campurkan pucuk kaduk tu Kak Ju. Bila ada pucuk kaduk kakak lebih makan dia dari ikannya. Masak macam biasa je. Bila dah mendidih masukkan daun terus tutup api. Eh... puasa-puasa cakap makan pulak:)

mama ju said...

Salam sejahtera teman2 semua,

Sebenarnya ayah tak puasa...ayah kurang memahami keadaan semasa.Sembahyang pun ayah tak ingat.Nama suami pun dah lama dia tak sebut.
Doakan moga ayah sihat. Amin.

azlina said...

salam ramadan mama ju...
sama2 kita mengimarahkan bulan yg mulia ini..
selamat beramal..