Friday, August 3, 2012

Ramadan 15 - Sahabat Nabi saw/-wirid harian mengikut Imam Shafie.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Abdullah bin Jafaar meriwayatkan bahawa " Sesungguhnya Rasulullah saw memakan buah timun dan kurma yang masak (basah)
(riwayat Al Tirmizi, Muslim, Bukhari, Abu Daud,Ibnu Majah, Darimi dan Ahmad)
-
Sahabat Nabi saw:

26- Suhaib bin Sinan
Asalnya seorang hamba tetapi menjadi kaya dengan perniagaannya yang maju. Suhaib ingin berhijrah bersama-sama Nabi saw  dan Abu Bakar, namun beliau  terperangkap dengan orang-orang Quraisy. Kemudian beliau menawarkan segala kekayaannya untuk melepaskan diri dan berhijrah bersama Nabi saw.

27-Abu Ubadah bin Al Jarrah.
Beliau orang yang paling kuat dan paling amanah serta amat dipercayai  oleh Nabi saw.
Beliau merupakan kelompok pertama sahabat yang memeluk islam bersama-sama Abd. Rahman  bin Auf, Al Arqam bin Abi Arqam,Uthman bin Madzun..
Beliau turut serta dalam dalam peperangan Badar. dan ujian yang paling berat di hadapi ialah membunuh ayahnya Abdullah Al Jarrah.
Pernah diutus menjadi hakim ketika Nabi saw didatangi kaum Nasrani untuk meminta orang yang boleh  mengadili mereka.

Sumber :
Biografi Agung Rasulullah- Rusydi Ramli Al Jauhari - Mustread.



Wirid harian mengikut buku Amalan Harian sepanjang zaman.-semakkan semula  Dato Ismail Kamus dari at Tafkir.

sama-sama beramal....
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

2 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Terima kasih Ju.

Kakzakie Purvit said...

Kalau dah hafal senang nak dilakukan setiap kali lepas solat.