Sunday, July 29, 2012

Ramadan 9 ( sahabat Nabi SAW )


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'untuk orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniuakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia: dan air muka mereka pula ( berseri-seri) tidak di liputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;'
(Terjemahan ayat 26 surah Yunus)

SAHABAT NABI SAW
18-ABDULLAH BIN ZUBAIR
Beliau anak kepada Asma' bt Abu Bakar.
Ketika kecil dia dibawa kepada Nabi SAW untuk ditahnik dan didoakan 
Beliau merupakan seorang pahlawan yang hebat dan kuat.
Beliau juga seorang  A'bid yang hebat dalam ibadahnya sehingga apabila beliau sujud di dalam solat, burung-burung bertengek di atas badannya kerana menyangka tembok yang kukuh.

19-ABDULRAHMAN BIN ABU BAKAR
Beliau adalah anak kepada Saidina Abu Bakar.
Beliau adalah penentang kuat Nabi SAW sebelum islam.
Beliau seorang tentea penggempur Quraisy dalam perang Badar dan dalam perang Uhud sebagai tentera pemanah.Biasanya orang yang paling kuat menentang Nabi SAW akan menjadi orang yang paling cinta kepada Nabi saw, beliau akhirnya menerima cahaya islam.
Beliau tidak pernah ketinggalan turut serta dalam peperangan yang di ketuai oelh Nabi SAW.




Majalh Al Ustaz terbaru. Hehe terbalik pulak dia...
Ada artikel Hadis lemah dan palsu. Kita sebagai orang awan kadang  tidak tahu mana satu hadis yang sahih atau palsu atau lemah sehingga tidak boleh dijadikan hujah. ( Namun SEBAHAGIAN YANG LEMAH BOLEH MENJADI PENDORONG PERLAKUAN AMAL ATAU PENYOKONG DALIL YANG KUAT) yang tersebar dalam masyarakat setiap kali tibanya ramadan.

Hadis kelebihan solat terawih setiap malam. Di katakan hadis di riwayatkan oleh Saidina Ali.

Rasullullah ditanya tentang keutamaan solat terawih pada bulan Ramadan. Baginda menjawab yang maksudnya "Seorang mukmin terlepas daripada dosanya pada malam pertama seperti bayi yang baru dilahirkan.
Pada malam kedua.......Begitu hingga malam ke 30 Setiap malam memiliki balasan ibadah yang sangat besar.

PENILAIAN: Hadis ini palsu. Sanadnya tidak dijumpai langsung. Tidak harus menyebarkann walaupun dengan niat mengalakkan orang beramal. Tulisan Ustaz Muhamad Noor- Sarjana Muda Usuluddin( Tafsir hadis) MA (Hadis)


Ya Allah, jangan Engkau tinggalkan untuk kami suatu dosa melainkan Engkau telah ampunkan. Dan tiada suatu aib melainkan Engkau telah tutup. Tiada suatu duka melainkan Engkau telah hilangkan.Tiada suatu hutang melainkan Engkau telah bayar.Tiada suatu hajat dari keperluan dunia dan akhirat yang telah Engkau redai dan kebaikan untuk kami melainkan telah Engkau tunaikan, wahai Tuhan ynag penyayang Amin.
YaAllah, tempatkan kami di syurga firdausMu dengan rahmatMu dan jauhkan kami dari Neraka. Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

1 comment:

Kakzakie said...

Takut kakak jadinya sebab kita memang tak pandai mana yg palsu dan sohih...