Saturday, July 28, 2012

Ramadan 8 (Sahabat Nabi SAW/ Kasih sayang)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Ibn Amru daripada Nabi Muhamad SAW bersabda yang maksudnya" Sesiapa yang bersumpah dengan sebutan yang lain daripada nama Allah atau sifat Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan syirik terhadap Allah"
(Buku Mastika Hadis)

SAHABAT NABI SAW

16-ABDULLAH BIN AMRU BIN AL AS
Beliau merupakan seorang sahabat yang istimewa kerana di dalam peperangan, beliau akan berada di barisan hadapan dan apabila perang selesai, beliau akan ditemui beribadah di dalam masjid.
Siangnya di penuhi dengan ibadah puasa manakala malamnya di penuhi dengan solat malam.

17-AMRU BIN AL AS
Beliau seorang sahabat yang agak rapat dengan Nabi SAW. Beliau salah seorang utusan Abu Jahal ke Habsyah untuk mengambil kembali umat islam yang berhijrah ke sana dengan membawa hadiah berharga untuk merasuah Raja An Najasyi.
Raja Najasyi berkata " kenapa kamu tidak mengikut mereka beriman kepada islam?"

Setelah mendapat hidayah, beliau memeluk islam.
Beliau merupakan pendukung islam yang amat kuat. Di utus ke Mesir untuk membebaskan Mesir dari cengkaman jajahan Rom dan Parsi.
Beliau di kenali sebagai' Pembebas MESIR'
Kasih sayang kepada ibu bapa tidak ada tolok bandingnya. Justeru, janganlah kita sia-siakan kasih sayang itu.
Sayangi ketika ada.
Kasih sayang kepada adik beradik pun  tidak ada tolok bandingnya.
Jestru jangan bermasam muka.
Sayangi ketika ada...
Sayangi yang tua
Dalam kami terleka,
tiba-tiba ayah mertua sudah duduk di lorong jalan. Senyap tanpa kata.
Maafkan kami ayah...

Kami sayang ayah.
Marilah kita berkasih sayang keran Allah.

Senyum dan dakwah penuh kasih sayang (kata-kata Ebit Liew)

Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami, kasihanilah kami. Janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka. Amin.


-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

2 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju, semoga di bulan ramadhan yg barakah ini Allah mengeratkan lagi kasih sayang dlm keluarga Ju.
Ju, ada orang yg kehilangan kasih sayang antara adik beradik semata2 kerana salah sangka dan fitnah hingga sanggup memutuskan silahtulrahim. Ada yg kerana ego diri terlampau tinggi, tidak mahu mengakui kesilapan diri dan sanggup meminggirkan adik beradik....Allah sentiasa bersama orang yg teraniaya. Di bulan yg mulia ini, kak gandakan doa agar Allah membantu kak mengatasi masalah yg kak hadapi dan menghapuskan penderitaan yg ditanggung, tolong doakan kak ya Ju

mdrazijohari said...

Salam sayang untuk semua! Salam Ramadhan!