Thursday, July 26, 2012

Ramadan 7 (Sahabat Nabi SAW / Kaki Buku)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang bila disebut nama Allah ( dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka. dan apabila dibacakan ayat-ayatNya menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jugalah mereka berserah'
(terjemahan ayat 2 suah Al Anfaal)

SAHABAT NABI SAW
14-KHALID IBNU WALID
Ketika belum memeluk islam, beliau adalah ketua angkatan perang Quraisy dalam perang Uhud.
Ketika memeluk islam, beliau dilantik oleh Nabi SAW menjadi panglima angkatan perang. Kepahlawan dan kehebatannya terserlah sehingga beliau digelar' Pedang Allah' . Beliau tidak syahid dalam perang.

15-UMAIR BIN WAHAB
Umar pernah berniat membunuh Nabi SAW kerana tentera islam menawan anaknya dalam perang Badar,
Beliau memeluk islam di tangan Nabi SAW kerana merasa diri Nabi SAW hebat setelah mengetahui hasrat hatinya ingin membunuh Nabi SAW.
Akhirnya beliau menjadi pembela dan pendakwah islam. Ramai orang Quraisy memeluk islam dan pergi ke Madinah belajar Al Quran dengan Nabi SAW.
-
ULAT BUKU/ KAKI BUKU
Saya suka guna ungkapan kaki buku bagi mengemar buku.
Alhamdulillah, gembiranya saya dapat berkenalan dengan Puan Mina Min.Beliau tinggal di Pasir Gudang, Johor. Bila di selidik susur galurnya, ada keluarga beliau dari Rengit, satu kawasan  dengan saya juga.
Menurut Mina, beliau amat mencintai buku. Saya pun melihat betapa 'mewahnya' beliau memborong buku!

Pemcinta buku pun ada gelaran,
yang suka beli, baca, simpan, mengagumi buku di gelar bibliolisme.
yang ketagih buku/ gila buku di gelar biblioholik.

Mngkin membaca buku dapat mempengaruhi kehidupan kita.
Saya kira ahli-ahli akademik mempunyai koleksi buku yang banyak. Dato Rahim Jaafar- bekas pegawai DBP di katakan mempunyai 50,000 buku. Rumahnya penuh dengan buku. Satu dari hobi beliau ialah melonggokan buku di atas katil. Tak sempat di baca dapat tengok pun memadai.

Dahulu saya ada terbaca, Dato Samad Said sibuk mencari rumah /perpustakkan untuk dipenuhkan dengan buku-buku beliau. Betapa banyaknya buku Dato!

Ada juga yang menganggap membaca buku sebagai terapi. John Steward pernah berwasiat supaya ia di kuburkan bersama buku-bukunya.
Ini Puan Mina Min. Seronok bersahabat dengan beliau.
Macam-macam buku beliau baca.
Memang sah beliau gila buku


Deko rumah beliau.

Moga buku-buku yang kita baca memberi manfaat kepada kita.
Amin.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

mina said...

Assalamualaikum WBT Kak Ju

Membaca adalah saranan dari Al-Quran. Wahyu pertama yang Rasulullah terima adalah ayat IQRA yang bermaksud BACALAH. Ayat itu adalah ayat pertama dari Surah Al-Alaq. Membaca dengan niat untuk menggali ilmu, mengamalkannya dan menyebarkannya. Semoga ilmu yang kita dapat itu akan bermanfaat buat kita dan orang lain. Juga bermanfaat semasa kita hidup dan sesudah kita mati. Wallahualam.

Marya Yusof said...

As salam WBT mama ju,

Sahabat Nabi SAW mmg tak perlu dipertikaikan kehebatan mereka, masing2 mempunyai kisah yg tersendri... insaf bila diselidiki kan :)

Kagumnya Marya dgn Puan Mina Min tu...Byknye buku beliau..untung mama ju dpt kenal dgn die...

P/S. Marya dulu tinggal di seremban, ulang alik ke Jln Duta bekerja di LHDNM.. Kalau tak mesti kita boleh jumpa kan... Marya pun ade kenal dgn seorg akak yg kerja dgn Arkib negara naik satu bas dgn kami dulu, tak ingat pulak namanya... orgnye kecil2 chubby..mama ju kenal ke??

makchaq said...

Salam mama ju

Makchaq memang minat sangat buku & membaca. Tapi kebanyakkan buku yg makchaq baca dulu2 dipinjam/sewa sebab tak mampu.
Sekarang 2 anak makchaq minat sangat buku.. sampai tak tau mana nak susun..

Kak Izan said...

Masya Allah.. kalu saya duduk umah dia memang sah tak kuar dari bilik tu.. tak makan pun tak per.. saya juga giler buku.. x dapat baca hidu bau pun boleh.. giler kan.. :)