Thursday, July 26, 2012

Ramadan 6 ( sahabat Nabi SAW )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan segeralah kamu kepada ( mengerjakan amal baik untuk mendapat ) keampunan dari Tuhan kamu  dam ( mendapat)  syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang di sediakan  bagi orang-orang yang bertaqwa.'
(Terjemahan ayat 133 surah A Li Imraan)

SAHABAT NABI SAW
12- ABDULLAH BIN ABBAS
Nama gelarannya yang popular ialah Ibn Abbas. Beliau adalah sepupu Nabi SAW dan sering berdamping bersama Nabi SAW sepanjang masa. Ketika Nabi SAW berusia 40 an beliau baru  belasan tahun.
Nabi SAW mendoakannya " Ya Allah1 Berikanlah dia keahlian dalam agamaMu dan ajarkanlah dia tafsir kitabMu" Dia menjadi orang  yang paling tajam akal pemikiranya tambahan lagi dia sering berguru dengan sahabat-sahabat Nabi SAW yang lebih dewasa daripadanya.

13- ABU HURAIRAH
Nama sebelum islam Abdul Syams( Hamba Matahari) Nabi SAW menamakannya Abdul Rahman( Hamba kepada yang Penyayang). Beliau juga di gelar oleh Nabi SAW dengan Abu Hurairah ( Bapa Kucing)
Ini kerana sifat sayang dan simpatinya kepada kucing.
Beliau tinggal dan makan bersama Nabi SAW sehinggalah dia mendapat harta rampasan perang berbentuk rumah.
Beliau juga paling banyak meriwayat dan menghafal hadis=hadis Nabi SAW.


Alhamdulillah.

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

2 comments:

Kak Izan said...

Alangkah indahnya Rasullullah SAW masih ada... huhuhu.. rindu nya.. :)

Kakzakie said...

Sebut je Abu Hurairah pasti pantas kepala kita pada kebanyakan hadith yg diriwatkan olenya.

Beruntung mereka dapat berdamping dgn kekasih Allah..