Wednesday, July 25, 2012

Ramadan 5-(Sahabat Nabi SAW)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh , maka Allah akan menyerpurnakan pahala mereka dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.'
(terjemahan ayat 57 surah A Li Imraan)

SAHABAT NABI SAW

9- ABU DARDA'
Beliau seorang yang bijak dalam mengungkapkan kata-kata hikmah. Banyak menyertai peperangan bersama Nabi SAW. Dilantik menjadi gabenor di Syria ketika pemerintahan Saidina Uthman.

10-ZAID BIN AL KHATTAB
Beliau adalah abanga kepada Saidina Umar Al Khatab.
Ketika seorang lelaki bernama Rajjal bin Unfuwah yang sebelum ini islam tetapi menjadi murtad dan menyokong Musailamah Al Kazzab, akhirnya tewas di tangan Zaid dalam peperangan Yamamah.Zaid syahid. Saidina Umar berkata" Rahmat Allah bagi Zaid. Dia telah mendahului aku dalam dua kebajikan, pertama memeluk islam dan kedua mati syahid.@

11.ABDUL RAHMAN BIN AUF
Beliau antara sahabat terawal memeluk islam. Beliau antara  yang diberi berita gembira dengan syurga dan antara mufti yang paling dipercayai Nabi SAW. Beliau menyertai rombongan pertama ke Habsyah dan hjirah ke Madinah.
Seorang ahli perniagaan yang berjaya dan orang yang paling banyak menginfakkan harta untuk islam.
Ini bunga kedondong. Rasanya masam, kelat.
Suami saya menanamnya di dalam pasu.
Pokoknya tak berapa besar tapi alhamdulillah dah berbuah.
Buahnya juga berfasa-fasa.
Kedondong yang paling besar.

Bunga.


Mula berbuah.-

Alhamdulillah.
-
Ya Allah tunjukkan kami sebagaimana orang yang Engkau tunjukki.
Sihatkan kami sebagaimana orang yang Engkau beri kesihatan,
Pimpimlah kami sebagaimana orang yang Engkau pimpin,
Berkatilah untuk kami apa yang Engkau berikan,
Lindungi kami dengan rahmatMu daripada kejahatan yang Engkau pastikan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan tidak ada sesuatu yang menghukum atas Engkau,
Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau pimpin dan tidak akan mulia rang yang Engkau musuhi,
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau, maka segala pujian ke atas apa yang Engkau tentukan
Dan kami mohon ampun kepada Engkau dan kami bertaubat kepada Engkau.
(Doa Qunut)


Sebarkan salam dan semarakkan amal.



5 comments:

Kakzakie said...

Rumah Batu Pahat mertua kakak pun ada pokok kedondong. Kalau dah buah biasanya tak berhenti tau Kak Ju.

Teringat masa kecik-kecik dulu kakak makan kedondong dgn asam kecut yg merah. Bibir pun macam pakai lipstik - sukalah masa tu konon cantiklah sangat hihi...

cheqna said...

cheqna x leh makan buah kedondong...

rosli said...

Mamaju,

Wah rezki buah kedondong pulak...berbudi pada tanah memang byk hasilnya

Marya Yusof said...

As salam mamaju,

Buah kendondong! Lama dah tak makan...

Terima kasih sudi approve marya dekat FB ye...mula2 tu macam sedikit terkeliru..rupa2nya mamaju... hehehe :))

Selamat berpuasa & semoga sama2 mendapat rahmat drNYA di bulan yg mulia ini insya'ALLAH :))

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Buat jus buah kedondong. Sedap.