Tuesday, July 24, 2012

BUKA PUASA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Buat Sekaya Labu Ibu. Resepi daripada Imelda Masterchef.
Nampak menarik, bahan-bahan pun ada.
Senang sangat.
Bahan asas, buah labu, cuci dan potong bahagian atas.Kaut dengan sudu  bahagian dalamnya.
Lepas tu  masukkan sebiji telur, gula, santan dan sedikit garam( kacau dulu). Kukus dan tunggu masak.
Sejuk baru dipotong.


 Majlis ilmu di bulan Ramadhan
Nabi SAW bersabda:-
“Barangsiapa menghadiri majlis ilmu pada bulan Ramadhan, akan ditulis bagi setiap langkahnya ibadah yang diterima dan dia akan bersama aku (Rasullullah) di bawah perlindungan arasy nanti” (rujuk kitab Durrah an-Nasihin)
Teringat resepi Tomyan Makcik Yati Jonid.
Saya pun cuba.
Blend tomato dan cili. Tumis. Masukkan apa-apa bahan yang sesuai. Saya masukkan bawang ayam, kailan, cendawan, babycorn, tomato, daun limau purut, perahan air limau.
Siap.
Jam 6 teringin nak buat acar buah. Jumpa resepi dari Restoran Pak Amir oleh Dinni dalam Sembang.com

Saya taklah ikut 100% resepi tu, bergantung kepada bahan-bahan yang ada di dapur.

Panaskan periuk, didihkan secawan air yang di campur 3 sudu cuka. Mendidih masuk bawang merah. Masuk gula, garam.
Tumis halia, bawang putih dan kayu manis.
Masuk rempah kari dan cili kisar.
Masuk bawang merah tadi.
Masuk kurma kisar.
Masuk buah-buahan jeruk .
Masuk gula merah.

Siap.

Alhamdulillah.
  

4 comments:

CM said...

tq for sharinggg,,,simple n easy....nanti cm cuba eeekk...

kaknor tmj said...

Salam Ju.

Terliur kak tengok acar tu, begitu juga dgn serikaya labu, insyaAllah kak nak cuba buat

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum MJ,

Senang sungguh rupa2nya nak buta sekaya labu tu, ya? Terima kasih kerana berkongsi resepi.


Selamat berpuasa. :)

pB said...

As salam Mama Ju,


first day puasa , blender pB rosak ...

hu hu hu

sampai lar ... tak carik ganti lagi