Tuesday, July 24, 2012

Ramadan 4-( sahabat Nabi SAW)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dialah yang menurunkan kepadamu( wahai Muhamad) Kitab Suci Al Quran. Sebahagian besar dari Al Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamat"( yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya): ayat-ayat Muhkamaat itu ibu ( atau pokok)  isi Al Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat " Mutasyabihaat"( yang samar-samar, tidak terang maksudnya).....'
(Terjemahan ayat 7 surah A Li Imraan)

Sahabat Nabi SAW
7- AMAR BIN YASIR
Keluarga Yasir diseksa dan dibunuh. Nabi SAW mendoakan keluarga Yasir di tempatkan di syurga.Nabi SAW sering melawat tempat di mana Ammar dan keluarganya diseksa dan mendoakan kebaikan. Amar sering dipuji Nabi SAW kerana kecekalan dan ketabahannya menanggung seksaan.
Berperang bersama Nabi SAW  dalam perang Badar. Uhud, Khandaq dan Tabuk. Malah setelah Nabi SAW wafat, beliau terus menyertai peperangan demi peperangan.

8-ZAID BIN HARITHAH
Nabi SAW melantiknya ketika Nabi SAW melepaskan tentera ke Mu'tah dan berkata " Kamu semua berada di bawah pimpinan Zaid. Seandainya dia syahid, Ja afar bin Abi Talib akan menggantikaanya. Jika Jaafar tewas maka lantiklah Abdullah bin Rawahah". Asalnya beliau adalah hamba Khadijah dan Khadijah menyerahkannya kepada Nabi SAW sebagai pembantunya.
Oleh kerana cintanya kepada Nabi SAW, Baginda mengambilnya sebagai anak angkat.

9-JAAFAR BIN ABI TALIB
Ada lima orang yang wajahnya mirip Nabi SAW, Jaafar adalah salah seorang daripadanya.
Jaafar memimpim rombongan islam berhijrah ke Habsyah.
Atas kepetahan kata-kata beliau, orang islam mendapat perlindungan di bawah Raja Najasyi di Habsyah.

10-ABDULLAH BIN RAWAHAH.
Beliau adalah salah seorang yang datang secara senyap- senyap membuat baiah kepada Nabi SAW di Mekah. Rombongan beliau dari Madinah.

Pokok mangga ni suami saya tanam di dalam pasu.
Ni pertama kali buah. Baru ni saya tahu, dalam sepokok tu, buah berbeza-beza kematangannya
Ada yang masih kecil...
 ,
Dah besar tapi muda lagi....

Ada empat peringkat buah....

Ni masih putik.
Alhamdulillah dengan semua nikmat Allah

'Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu : Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya'(Terjemahan ayat  8 surah A Li Imraan )
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

mdrazijohari said...

Alhamdulillah....

rosli said...

Mamaju,

Rezki buah mangga, lebat jugak

eda_ej said...

pokok mangga boleh tanam dalam pasu ye kak?? besa mane pasu pokok mangga tu ye..