Monday, July 23, 2012

Ramadan 3- BUKU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

'Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal ( orang-orang yang beramal dari kalangan kamu samada lelaki atau perempuan-(kerana) setengah kamu samada lelaki atau perempuan(adalah keturunan) dari setengah yang lain:,maka orang yang berhijrah ( kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti( dengan berbagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang( untuk mempertahankan islam) dan yang terbunuh ( gugur syahid dalam perang Sabil). Sesungguhnya Aku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di beberapa sungai bawahnya  sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya.( bagi mereka yang beramal soleh)'
(Terjemahan ayat 195 surah A Li Imraan)



Buku.
Saya letakkan di meja tamu.
Saya letak Al Quran- orang kata lihat Quran pun dapat pahala.( InsyaAllah)
Saya letak buku Sirah Nabi SAW. harapnya akan selalu ingat Nabi SAW bila sentiasa lihat buku tu dan membacanya.
Di sini, tetamu dan saya juga ahli keluarga boleh sama-sama membelek-belek buku.
Lorong ke meja makan, saya letakkan almari buku.
Boleh juga cuci mata dengan buku. 


Saya bukanlah ahli buku. Buku saya santai-santai saja.


Buku untuk seisi keluarga.
Majalah di ruang keluarga.
Moga buku-buku ini ada menafaatnya.

'Wahai Tuhan kami, Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat: Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.'
(terjemahan ayat 194 surah A li Imraan)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.





3 comments:

mamaina said...

wah..berbuku-buku..best ni...

rosli said...

Mamaju,

Bestlah rumah mamaju, cantik dan banyak almari buku.

atuk said...

Salam Ramdhan Mama Ju

ni kalau datang kena lama2 sebab nak belik2 buku...he he

tahniah