Monday, July 23, 2012

Ramadan 2 ( sahabat nabi SAW )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penayayang.
'Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai ( hakikat ) kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi  dan  sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya'
(Terjemahan ayat 92 surah A Li Imraan)

4- SALMAN AL FARISI
Sahabat yang mengajar Nabi SAW taktik peperangan dengan mengali parit yang dikenali dengan khandaq.

5- ABULLAH BIN UMAR
Sahabat yang menghindari jawatan pemimpin, menolak peperangan dan benci akan pertumpahan darah.

6- SAAD BIN ABI WAQAS
Sahabat yang dipuji oleh Nabi SAW kerana kecerdikannya dan kepahlawanannya. Beliau bersama Nabi SAW di dalam peperangan Badar dan lain-lain.

Orang kata namanya' yesterday, today, tomorow'-  Berbunga mula berwarna ungu. lepas tu berwaran ungu terang dan kemudian putih. Hayatnya tak lama.

Mula berbunga tak ada yang putih....

Unggu muda, pokoknya menjalar. Sangat cepat memenuhi ruang.

Pokok teh ni dulu berwarna putih berbelang hijau, sekarang dah bertukar hijau keseluruhannya...
Alhamdulillah.

'....wahai Tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama-sama orang berbakti'
(Terjemahan ayat 193 surah A Li Imran)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

3 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju,
Terima kasih atas perkongsian ilmu

razijohari said...

Salam..... Selamat berpuasa. Moga dirahmatiNya selalu!

Kakzakie Purvit said...

Dah masuk 3 hari Kak ju...

Pokok teh yg kak ju kata tu rumah kg kakak pun ada. Betul kalau dah subur putihnya macam hilang tapi tak lama akan balik semula tau..