Saturday, July 21, 2012

Ramadan 1 (sahabat Nabi SAW)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
'Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru( berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji ) Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya'
( ayat 104 surah A-li Imraan)
Kisah sahabat nabi kita SAW. Siapa sahabat nabi SAW?

Ibnu Hajar al-Asqalani asy-Syafi'i pernah berkata:
"Ash-Shabi (sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wasallam, beriman kepada beliau dan meninggal dalam keadaan Islam"
Sahabat Nabi SAW yang paling masyhur ialah Khulafa' Al Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saiduna Umar, Siadina Uthman dan Saidian Ali.
Antara Sahabat Nabi SAW :
1-MUS'AB BIN UMAIR

Nabi SAW mengutusnya sebagai duta orang-orang islam ketika perjanjian Aqabah. Beliau syahid di dalam perang UHUD.
Beliau juga di utus menjadi pendakwah dan orang yang mengislamkan ramai penduduk Madinah di awal kedatangan islam.

2- BILAL BIN RABAH
Beliau merupakan tukang azan di zaman Nabi SAW
Pencinta Nabi SAW sehingga belaiu tidak mahu azan selepas kewafatan Nabi SAW kerana apabila sampai di kalimah 'Asyhadu Anna Muhamada Rasulullah' pasti dia akan menangis dengan kuat.
3-ABU DZAR AL GHIFARI
Beliau merupakan sahabat Nabi SAW yang hidupnya sederhana dan merupakan perawi hadis Nabi SAW.

-
Alhamdulillah,  pokok helikornia ini dah bertahan lima tahun... saya membeli anak benih dari Sungai buluh.  Pokok ni mudah merebak dan  berbunga. Saya terpikat dengan bunganya yang macam lipas  besar.

-
Wahai Tuhan kami,kurniakan kepada kami apa yang telah Engkau janjikan terhadap kami atas utusan Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji. Wahai Tuhan kami, kurniakan kami rahmatMu dan berilah kami petunjuk dari sisiMu.. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab neraka. Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan salam.

3 comments:

Kakzakie said...

Puasa-puasa nie kakak nampak pulak pucuk kaduk duduk bawah helikornia Kak Ju. Masak lemak cili padi masukkan pucuk kaduk sedap tau...

indahhouse said...

cantik bunga tu... meriah :)
Salam Ramadhan al mubarak, mamaJu, ampun dan maaf dipinta atas salah dan silap.

Hjh Noralenna Abbas said...

Cantiknya helikonia