Tuesday, July 31, 2012

Ramadan 11 (Sahabat Nabi SAW )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

'Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi'(Terjemahan ayat 149 surah A Li Imraan)


Sahabat Nabi SAW

22- Muaz bin Jabal
Beliau berbai'ah dengan Nabi SAW  dalam perjanjian Aqabah yang ke 2. Beliau mendapat pujian  dari Nabi SAW dengan sabdanya yang bermaksud " Umatku yang paling tahu tentang halal dan haram adalah Muaz bin Jabal.
Muaz menjadi utusan Nabi SAW ke Yaman.

23-Zaid bin Thabit
Beliau merupakan penulis wahyu Nabi SAW. Beliau juga penulis bahasa Ibrani apabila Nabi SAW ingin menghantar surat kepada bangsa Yahudi.
Semasa kecil, ketika Nabi SAW dan orang islam bersiap ke medan perang Badar, Zaid yang ketika itu berusia 13 tahun mengheret pedangnya yang lebih panjang dari badannya dan menyatakan ingin berperang bersama Nabi SAW. Baginda menolak.
Akhirnya beliau mendalami ilmu dan duduk bersama Nabi SAW sebagai penulis Baginda.

24-Al Abbas bin Abdul Mutalib
Beliau adalah bapa saudara Nabi SAW.
Beliau merupakan orang yang paling dicintai Nabi SAW sehingga Baginda menyebut yang maksudnya "Abbas itu bapa saudaraku, barang siapa menyakitinya samalah dengan menyakitiku"
Nabi SAW pernah menjadi pembantu di rumah Abbas dan Abdul Mutalib.

-

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.
Selawat dan salam keatas Penghulu sekalian Rasul serta keluarga dan sahabat Baginda.

Ya Allah, Ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami juga sekalian muslimin.
Ya Allah, ringanlanlah keatas kami  semasa sakaratulmaut kami dan lepaskan kami dari api neraka.
Kami memohon dariMu syurga dan apa saja yang boleh membawa kami menghampiri kepadanya daripada percakapan, perbuatan, gerak hati dan keyakinan.
Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


No comments: