Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Siri Nabi Kita SAW ( 3 )
PEMBAWA BERHALA PERTAMA KE MEKAH
Sejak bilakah patung berhala di sembah di kota Mekah?
Dikatakan, orang yang bertanggung jawab membawa masuk berhala adalah penduduk Mekah juga.Dia ialah Amru bin Amir dari suku Khuza'ah.
Peristiwa ini berlaku ketika kaum khuza'ah berjaya merampas Mekah dari kaum jurhum. ( beratus-ratus tahun sebelum kelahiran Nabi Muhamad saw). Amru adalah pembesar kaum khuza'ah. Ketika berada di Kota Perta. Jordan beliau melihat penduduk di sana menyembah patung berhala.Tiba-tiba beliau tertarik untuk menyembah patung tersebut.Ia menyangka itu adalah satu kebenaran.
Beliau pun membeli patung-patung tersebut.
Patung tersebut di bawa ke Mekah dan diletakkan di Ka'abah. Dia menyeru orang Mekah supaya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala kerana katanya berhala itu mendatangkan rahmat terutamanya mendatangkan hujan. Seruan itu di sambut oleh orangramai. Sesatlah mereka kerana menukar agama mereka kepada menyembah berhala.
( Ketika nabi Muhamad saw menjadi hakim-meletakkan hajarul aswad di kaabah) orang Arab Quraisy menyembah berhala 360 buah di sekeliling dan di dalam kaabah)
Penyembahan berhala telah menjadi mercu tanda terbesar dalam agama orang-orang jahiliah yang mendakwa kononnya mereka adalah pengikut agama nabi Ibrahim SAW
Rujukan:
Sejarah Nabi Muhamad saw - Maulana Syed Abul Hasan Ali.
Sirah Nabawiyyah saw-Safiyyu Al Rahman Al Mubarakfuri-Yayasan Dakwah Islamiah Msia.
3 comments:
Assalamualaikum Ju,
terima kasih atas perkongsian ilmu
Terima kasih, Ju
Assalamualaikum..
Himpunan sejarah zaman nabi yang patut di ulang2 untuk peringatan Dan panduan..
Terima kasih.
Post a Comment