Saturday, March 3, 2012

TUJUH JENIS WAHYU KEPADA NABI KITA SAW

10 Rabiul akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Siri Nabi kita ( 4 )
Gambar hiasan.
Saya mengambilnya drp fb Prof Abdullah Hassan. Ini di Cina. Bagaimana kita?
Saya terkedu....


Tujuh jenis wahyu kepada nabi Muhamad saw.

1) Berupa mimpi-mimpi yang baik. Ia seperti berlaku ketika di gua Hira' sebelum kedatangan wahyu pertama.

2) Berupa pengetahuan yang diletakkan oleh Allah atau Jibrail di hati Nabi saw tanpa bersuara. Tiba-tiba nabi merasa ada ilmu baru. Nabi saw  seperti mendengar suara wahyu daripada jibrail as.

3) Malaikat  datang menyerupai rupa seorang lelaki. Ini pernah terjadi bila Jibrail  menjadi Dihyah al Kalbi, pembesar kaum Bani Kaib, seorang yang sangat tampan. Para sahabat ra hairan bagaimana Dihyah berkelakuan seperti seorang guru terhadap nabi saw? ( Nabi saw menjelaskan hal sebenar).

4) Malaikat datang kepadanya seperti gemersik bunyi loceng.
Inilah cara yang paling berat terasa oleh nabi saw . Nabi saw akan berpeluh di waktu dingin dan jika sedang menunggang unta , unta terduduk kerana merasai berat bebanannya.Seorang sahabat yang pernah merasainya ialah Zaid  bin Thabit,

5)Nabi saw melihat malaikat dalam rupa asal. Lalu malaikat pun mewahyukan kepadanya apa yang dikehendaki Allah. (terjadi dua kali seperti dalam surah an Najm)

6) Allah sendiri yang mewahyukan kepada nabi saw iaitu ketika nabi saw berada di atas lapisan langit semasa peristiwa Mi'raj iaitu wahyu berkeaan ke farduan solat dll)

7) Allah berbicara dengannya tanpa perantaran malaikat. ( sebagaimana Allah berbicara dengan Nabi Musa)

W/alam.

Sumber:
Sirah Nabawiyyah-yayasan dakwah Islamiah.
Sejarah nabi Muhamada saw- Maulana syed Abu Hasan Ali.

'Ya Allah, kami memohon kepadaMu keselamatan agama. kesihatan jasmani, pertambahan dalam ilmu, keberkatan rezki, taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan memperolehi keampunan setelah mati'
-

Sila juga ke blog cikgu Khairulaniza, amat memberi manfaat untuk 'pelajar-pelajar corot'
http://khairulaniza.blogspot.com

Sebarkan salam dan semarakkan amal.




1 comment:

kaknor tmj said...

Salam Ju,

Sekali lg, terima kasih atas perkongsian ilmu, moga Allah mrahmati Ju kr menyebarkan ilmu