Wednesday, February 29, 2012

CUCU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
 Firman Allah yang bermaksud" Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati ( berasal) dari tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani ( yang di simpan ) dalam tempat yang kukuh ( rahim). Kemudian air mani itu  Kami jadikan satu yang melekat, lalu sesuatu  yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, Lalu tulang belulang itu  Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya mahluk yang (berbentuk) lain.Mahasuci Allah , Pencipta yang paling baik.
(Ayat 12, 13,14 surah Al Mu'minum Juz 18)
Kami menerima tetamu. Puan Nurhanani Emran dan kawannya Cik Siti Aisyah.
Nani cucu ayah tinggal di Kelantan dan berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan  Wanita.

Nani ada kerja di sini, jestru ambil peluang ziarah ayah.
Empat generasi  berkumpul.

Ini cicit ayah, namanya Nur Safeqah anak Nani. Kira cucu kamilah...

Seharian Nur Syafeqah bersama kami. Hehe lama tak menjaga anak kecil...kekok jugak...
Dia mahu didukung saja...
Tapi semuanya beres!

Hanya sehari Nani di sini. Nani dah pun ke Putrajaya sebelum bertolak balik ke Kelantan.

Terimakasih kerana datang ziarah kami.
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.



9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Cucu dah berjawatan bolehlah ziarah atok... yg kecik lagi tu nenek kenalah dukung dulu.

Kena belajar Kak Ju... tak lama dapat cucu dah senang hihi...

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Puan..

Kakya dah Ada dua org cucu...
Tengok anak2 kecil, sgt rindu pada cucu..

Ayah tinggal dgn Puan ye.. Alhamdulillah..

kaknor tmj said...

Assalamualaikum Ju,

Seronok hidup Ju kr sering dikunjungi tetamu, tak sunyikan. Itulah berkatnya ayah tinggal dgn Ju

Hjh Noralenna Abbas said...

Panjang umur dapt juga jumpa cucu dan cicit. Saya ada cucu saudara, kira cucu juga, kan Ju?

gadisBunga™ said...

untungnya cicit dapat didukung moyangnya. :D

nani said...

syukran jazilan atas layanan mesra semasa kunjungan, syukur wpon skejap,dlm kesempitan ada kesempatan! . . blatih dgn cucu sedara sblm dapat cucu yg betul eheheh,syafiqah pon saja amik kesempatan jugak utk didukung.Alhamdulillah,dh slamat tiba di KL ptg tadi. P/S: susah jgk ada makcik blogger,tiap masa anak buah kena ready tuk diambil gambo,bagusss manafaatkan sepenuhnya gajet2 yg ada!

mama ju said...

Terimakasih kawan2.

KAMATO said...

mamaju bila nak bercucu?

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

gembira hati atuk mereka apabila cucu melawatnya diringgi dgn cicit