Thursday, March 22, 2012

RINDU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya 'Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanafaat'
(Riwayat Al Tirmizi, Ahmad dan Baihaqi)
Sebenarnya ibu muda sudah lama di kampung Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan.
Kami menghantarnya ke kampung untuk memberi sokongan moral kepada adik bungsunya yang kurang sihat.
Tapi tu lah...ayah di sini, ibu muda di sana....
Rindukah ayah?

Gambar bawah. Emak dan ibu muda mertua.
Tentu saja kita rindu dengan wajah-wajah mereka.

Saya hanya ada seorang adik perempuan.
Saya juga hanya ada seorang adik ipar perempuan.
Tentu kita rindu nak jumpa mereka.
(Heem, cuti sekolah selalunya baru jumpa...)


Emak dan adik.
Tiap hari mesti telefon emak. ( Adalah sekali dua lupa telefon...)




Saya ada tiga anak perempuan. Farah balik seminggu sekali dan Fatimah Ulfah, Amirah Madihah balik dua minggu sekali.
Heem memang rindu....


Moga semuanya bahagia di dunia dan di akhirat.

'Ya Allah, akhirkan umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Tuhan akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik' AMIN.
-

Sebarkan salan dan semarakkan amal.
Jom baca Quran dan berselawat.

11 comments:

Kakzakie said...

Kakak suka tengok wajah mak. Tenang je walau lama dah kena tinggal suami..

Amirah boleh balik 2 minggu sekali ye Kak Ju. Anak kakak 3 minggu sekali tapi biasanya kakak tiap minggu pergi jumpa mereka....

kayna said...

mcm guna gambar apps iphone/ipad... smart.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Puan Ju..

Waaa.. Saya rindu arwah Mak Dan abah saya.. :(

cheqna said...

amin.....
moga kita semua bahagia di dunia dan akhirat dengan izin Allah

rosli said...

Mamaju,

Bila tengok semua gambar ini, teringat saya pada wajah arwah ibu dan bapa saya yang telah lama tiada. Saya pun rindu orang tua saya

gadisBunga said...

walau saya jumpa mak ayah saya hari2, tapi hari2 jugak saya rindukan mereka. :)

sahromnasrudin said...

hanya prjumpaan yg dpt mengubati kerinduan

che mid said...

cantik entri ni.. rindu pada mama juga walau tak pernah bersua secara empat mata..

kaknor tmj said...

Salam Ju,
Rindu pada orang yg masih ada terubat juga bila bertemu, tapi rindu pada orang yg sudah 'tiada', kepiluan menghiris hati. kak rindu pd arwah suami, arwah ibu dan arwah bapa, hanya doa yg dikirim utk mengubat rindu

hani@debumelukut said...

Rindu sentiasa ada di jiwa orang yang mengasihi dan di kasihi..

Hanis MY said...

salam... nanti mama ju bg akaun fb lepas tu hanis add k...