Friday, March 23, 2012

TAFSIR QURAN RM 40.00

Jummat yang indah.
29 Rabiul Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Saya baru dapatkannya semalam di Popular dengan harga RM 40.00 (diskaun RM 36.00).Tafsir Quran 30 Juzu' oleh Prof Dr H. Mahmoud Yunus terbitan Victory Agencie. Taman Sri Batu Caves.

Pada 1987 adik ipar saya ada mempunyai Tafsir ini tapi diterbitkan oleh PT Hidakarya Agung, Indonesia dengan harga RM 15.( Edisi besar)

 Tafsir Quran ditulis secara ringkas tetapi terang dan jelas. Setiap Juzu' disertakan Tafsir. (Selalu Tafsir Quran berharga hampir RM 1000 ..dengan beberapa jilid)

Prof Dr Mahmood Joenoes dilahirkan pada 10/2/1899 di Sungayang, Batusangkar, Kabupaten, Sumatera Barat.
Bermula pada tahun 1922 beliau telah memulakan penterjemahan Al Quran dan diterbitkan dalam tiga jilid.Ketika itu ulama mengatakan haram memterjemah Al Quran.Walaupun begitu tiada ulama yang membantah penerbitan itu.1935 beliau menyambung usaha menterjemah dan mentafsir. 1938 lengkap 30 Juzu'. Tahun 1950 Quran Terjemahan dan Tafsir ini di cetak sebanyak 200,000. Bantahan juga berlaku.

Ketika beliau belajar di Mesir, Seikh mengatakan boleh menterjemah Al Quran malah menjadi fardu kifayah bagi menyampaikan dakwah kepada orang-orang Ajam (yang tidak berbahasa Arab)

Tafsir dan Terjemahan Quran ini adalah hasil penyelidikan  sejak dari umur beliau 20 tahun hingga 73 tahun! Sebab itu ia berbeza daripada tafsir-tafsir yang lain.

Prof meninggal dunia pada 16/1/82 di Jakarta pada usia 83 tahun.Al Fatihah buat Allahyarham.
-
Jom kita sebar-sebarkan yang baik-baik.
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

7 comments:

rosli said...

mamaju,

tqvm for sharing, nak pi cari nanti

Deru Ombak said...

Assalamualaikum mama Ju ..

Kakya harap terjemahan terbitan pihak lain tidak Ada kelainan. Arwah abah tinggalkan beberapa buah untuk saya Dan anak2..

Teringin juga untuk mendapatkannya. Terima kasih!

eda_ej said...

ingat nak carik juge la nanti.. tq ye..

MulutPayau said...

Assalamualaikum mama....

Terima kasih berkongsi....teringin jugak utk dapat terjmahan tersebut...

Hjh Noralenna Abbas said...

Nak gi Popular lah!

Hanis MY said...

salam kenal mama ju... terima kasih atas perkongsian...

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

Al Fatihah untuk Prof