Wednesday, March 21, 2012

GUSS: HOLLAND , BERIS DAN PUTRAJAYA.

28 Rabiul Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Perkataan yang   baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang di iringi dengan tindakan yang menyakiti. Allah Maha Kaya dan Maha Penyantun'
(Terjemahan ayat 263 surah 263 )

Guss dan Marjolein berasal dari Leiden, Holland.
Baru-baru ni beliau telah 'berkampung'di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan di rumah Puan Halimah binti Abdullah. Ramai orang kampung yang hadir dan beramal mesra dengan beliau.

Sebenarnya beliau dan isteri pernah tinggal di sini pada tahun 1972 ketika membuat penyelidikan PhD nya. Beliau tinggal di rumah guru berhampiran rumah Puan Halimah.Yang hebatnya Guss dan Marjolein amat rapat dengan orang disekelilingnya. Kini beliau berusia 71 tahun.

Nostalgia....

Guss (Baju biru ) bersama Sdr Adib anak Puan Halimah di Putrajaya baru-baru ni (semasa Pesta Belon). Beliau turut sama dengan geng basikal PUR.
Gambar dr Sdr Adib 
Geng basikal bersama Guss dan Marjolein.
(Marjolein nampak mudalah....)
Gambar dr Sdr Firdaus.


Tahniah kepada Sdr Adib dan Puan Helmiah kerana menghubungkan tali persaudaraan ini.
(Mereka adalah cucu saudara suami)

-

Ya Allah, moga mereka mendapat  hidayah.
-

Alhamdulillah.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


3 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Ju,
Barulah soalan saya terjawab, siapa 'The Reader' pada Ju.

Kakzakie Purvit said...

Kalau lama tinggal sini boleh dapat hidayah Kak Ju. Tapi kalau tak agak susah melainkan ada yg rajin melayan mereka...

azieazah said...

Silaturahim bertaraf internasional!