Thursday, March 15, 2012

KUNJNGAN MENANTU AYAH

21 Rabiul Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
' Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima ) mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.'
(maksud ayat 262 Surah Al Baqarah)
Sewaktu kami di Bangi, kami menerima pangillan telefon daripada Faiz Ismail yang mahu berziarah ke rumah menjenguk ayah.
Hj Ismail adalah menantu ayah. Beliau berkahwin dengan Faizah , kakak kepada suami saya. Ustazah Faizah sudah meninggal dunia kira-kira 25 tahun dahulu.

Hubungan masih diteruskan.
 
Beliau datang bersama isteri dan tiga anak.
Ayah seronok menerima kunjungan anak menantu. Biasanya kalau ada tamu, ayah akan makan banyak!



Hehe maaflah  saya hanya sempat jamu mi goreng.

-
Moga ukwah berterusan.
-
Ya Allah sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku. Amin.
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Kak Ju...

N3 lepas - Meriah kenduri rumah mak... kakak pun kenduri juga kat rumah sepupu kakak...

N3 ini - ayah makan banyak sebab nak layan tetamu. Macam tu baguslah selalu jemput tetamu mesti selera sentiasa terbuka..

sonata anak kancil said...

Assalamualaikum - bila ada orang tua ukhuwah masih utuh - tp sy sebagai yatim piatu - adik beradik semuanya "membawa" diri dah berkeluarga sendiri - duduk pulak tu jauh2 - jumpa tak jumpa time raya sesama sendiri sj / kenduri kendara sedara berjumpalah - itu pun jika ada balik semua. Apa2 pun telefon jadi penghubung berita.

nadz said...

Assallamualaikum mama Ju,

Pernah arwah bapa mamaNadz pesan dulu" kamu orang rajin-rajinlah cari adik beradik sebelah ayah dan mak, rapatkan hubungan, jangan biar putus'

Tapi kami hari ni terasa bahawa kami hanya 50 peratus laksanakannya..selalu kekangan..tapi akan kami usahakan selalu.
mama nadz sangat suka melihat situasi yang mama Ju paparkan, tahniah!

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

moga ukhwah berterusan