Wednesday, March 14, 2012

MAJLIS EMAK

21 Rabiul Akhir 1433.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Maka apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan di kembalikan kepada Kami? .....(Ayat 115 surah Al Mukmimun)
Bila ada apa-apa majlis di kampung, biasanya kami adik beradik  akan balik.....seronoknya boleh selalu jumpa emak.
Gambar adik saya dan Amy.
Emak jemput kawan-kawan sekampung waktu petang. Malam orang surau dan masjid ....memang meriah.

Emak menggunakan khidmat Sdr Amin, tuanpunya kedai di hadapan rumah untuk memasak. Emak memilih menu-  nasi jagung, ayam masak kicap, dalca, pacri dan buah-buahan.


Buah tangan untuk kawan-kawan emak.  Emak menyediakan nasi untk dibawa pulang. 

.....sempat ambil satu gambar famili adik ...

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

'Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari kekafiran dan  kefakiran. Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, tidak ada Tuhan selain Engkau.'
-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.


2 comments:

cheqna said...

buat majlis apa ni mama ju??

sahromnasrudin said...

subhanaAllah...sebuah keluarga yg sgt bahagia dan harmoni