Tuesday, March 13, 2012

PERBAHARUI PASPOT

Rabiul Akhir 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

'.......Kepunyaannya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendakiNya. KURSI ALLAH meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.'
(Ayat 255, Surah Al Baqarah)

Jam 8.00 pagi
Saya tiba di Imigresen Kajang. Saya lihat orang ramai berbaris panjang. Lebih kurang 50 orang di hadapan saya.Saya meminta Farah berbaris sambil saya ke pejabat mengambil borang memperbaharui paspot.
Farah mengisi borang.. dan berbaris lagi.

Jam 9.45 pagi.
I jam 45 minit berbaris (penatnya berdiri!) tiba masa menyerahkan borang dan mendapatkan nombor. Masa berbaris panjang tu ada pegawai yang menyemak borang.  Ketika menyerah borang dan membuat semakan didapati gambar yang saya bawa tidak diterima kerana agak lama. Gambar Farah kecil. Photostat IC pun kena buat balik (pastikan A4!) Jadi kesemuanya buat semula.
Di dalam pejabat tu ada disediakan kedai photo.
Gambar 4 keping RM 10.( Di kedai lain, di tingkat bawah RM 8 untuk 4.

Jam 10 pagi
Menunggu nombor di panggil, Ada tujuh kaunter 'paspot' .

Jam 10.45 pagi
No 1183 dipanggil.Sekejap sahaja proses tu.Lima minit dah siap. Cap jari..

Jam 10.50 pagi
Menunggu untuk buat bayaran. RM 300 untuk 5 tahun dan RM 100 untuk 2  tahun.

Jam 11.00 pagi
Nombor dipanggil untuk buat bayaran. Petugas memberitahu  satu jam masa yang diperlukan untuk menyiapkan paspot.

Sementara menunggu, kami pun ambil peluang makan tengah hari.

Jam 12 tengah hari
Masa untuk mengambil paspot.
Alhamdulillah.beres segalanya. Empat jam di Imigresen!

 Pejabat Imigresen  dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.

-

Ya Allah, kami berlindung pada Allah daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampun daripada menyekutukan dengan sesuatu yang kami tidak ketahui.

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

4 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju,

Membaharui pasport, nak ke mana Ju? ke Brunei ke? atau buat umrah..

Kakcik Seroja said...

Assalamu'alaikum.

Hendak kemanakah? Semoga dipermudahkan segalanya.

afeezz said...

assalamualaikum mama ju : last year sy renew pasport kat putrajaya hari sabtu. tak ramai orang, beratur semak borang tak lama, tp menunggu nak wat paspot tu yg lama. siap lebih kurang pukul 12 jugak...

CM said...

salam,,

dulu saya buat di wangsa maju datang lepas sekolah belah petang tak ramai orang,,pasport cm pun dah nk kn renew ni next year tamat,,,ingat nk buat di putrajaya jer..