Friday, March 16, 2012

POKOK DAN BUNGA DI PUTRAJAYA.

23 Rabiul Akhir 1433
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh. Dan bagiNyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada waktu petang hari dan di waktu kamu berada di waktu zohor.'
(Terjemahan ayat 17 surah Ar Rum)
Putrajaya memang kaya dengan bunga  dan pokok yang beranika.
Ia terkenal dengan bandar dalam taman. 

Di mana-mana ada taman.
Silalah bersenang-senang ke sini...


Bunga lidah kucing ni ada saya taman di rumah, tapi di sini nampak lebih menarik kerana ditanam banyak dan rapat-rapat.

Pokok berdaun macam pokok keledek.





Kemboja putih pun berbunga. Kalau dulu banyak terdapat di kuburan, sekarang anak pokok kemboja dijual  dengan harga sehingga RM 250! di nuseri.





Emak panggil pokok ganyong ada yang panggil pokok tasbih.

Sebenarnya banyak lagi. ....

'Ya Allah kurniakanlah kami lidah yang lembut basah  mengingati dan menyebut namaMu. Amin.

-

Sebarkan salam dan semarakkan amal.

1 comment:

sonata anak kancil said...

sangat cantik...penjagaan yg rapi tu - kalau tak , tak jadi cantik macam tu