Friday, March 16, 2012

KIMCI DAN HANBOK


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
'.....Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan hapuslanlah kesalahan-kesalahan kami dan matikan kami berserta orang-orang yang berbakti'
(Terjemahan ayat 193 Surah Ali Imran)

KIMCI TU JERUK, HANBOK TU PAKAIAN.

Gelora drama korea telah menaikan nama Kimci. Selalu sangat disebut.

Kalau ke Korea kita boleh singgah ke Muzium Kimci. Lawatan 30 minit itu disertakan sekali dengan praktikal membuat kimci.

Gambar drp google.

Resepi  Kimci ( Dari  blog Dapur Ibundo)
A
1 kubis cina
air untuk merendam
1/4 cawan garam

Kubis belah dua memanjang. Kemudian belah tiga.
Masuk garam dalam air.Masuk kubis, biar terendam.
Balik-balikkan setiap satu jam. Rendam 4/5 jam.
Kubis layu.

B
6 ulas bawang putih dadu halus
2 inci  halia, tumbuk halus
1/4 cawan sos ikan
1/3 cawan pes cili kering @1/2 cawan serbuk cili
1 tangkai  daun bawang
1 btg radish parut
1 tsp gula

Masuk semua bahan dalam mangkuk dan ketepikan.


Keluarkan kubis yang direndam. Cuci tiap kelopak dan keringkan.
Dengan sarung tangan, sapu kubis dengan pes yang disediakan..

Bagi mengemaskannya, tinggalkan kelopok paling bawah.
Kelopak yang telah disapu pes lipat-lipat kemudian kelopak paling bawah tadi belitkan pada kelopak yang dilipat.


Masuk kimici dalam bekas. Biar 1/2 hari dalam suhu bilik. Kemudian masukkan ke dalam peti ais.
Dalam dua hari, jika kimci berair , berbuih dan agak masam itu maknanya boleh dimakan.
Sedap dimakan setelah tiga minggu.
Potong dan makan....





Ini Hanbok bagi lelaki dan wanita. Ianya pakaian rasmi Korea.

Pakaian bangsawan ke?


'Ya Tuhan kami, berikan kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sungguh, Engkau tidak pernah mengingkari janji'
(Terjemahan ayat 194 Surah Ali 'Imran)

-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.


Selamat kembali bertugas kepada Dr Hasnah Mohamad UPM. Beliau baru kembali ke Malaysia setelah setahun bertugas di Unversiti Korea. Harap jumpa nanti.

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Mama Ju

tak pernah rasa lagi

kayna said...

Kimci sangat sedap, kayna pernah makan masa hubby bawak balik dari korea. Now da jadi addicted, kalau pergi supermarket. mmg beli kimci makan dengan nasi. Sedapnyerrr..