Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
8) JUWAIRIAH BINTI HARIS RA
Beliau ialah anak perempuan kepada Haris, ketua Bani Mustaliq
Sebelum ini beliau berkahwin dengan Mustafa bin Safwan.
Beliau merupakan salah seorang tawanan perang semasa jatuh ke tangan orang-orang islam di bawah Thabit bin Qais ra. Thabit menghendaki 300 dirham sebagai tebusan. Juwairiah menemui nabi Muhamad SAW untuk meminta pertolongan.Nabi Muhamad SAW menawarkan wang tebusan serta membebaskannya. Dan seterusnya mengambilnya sebagai isteri.
Beliau berkahwin pada tahun 5 hijrah. Juwairiah terlalu gembira dengan keadaan itu. Semua tawanan perang dalam seratus orang itu pun dibebaskan."Puak yang sangat dihormati disebabkan mereka mempunyai pertalian persaudaraan dengan nabi SAW, tidak sepatutnya tinggal dalam perhambaan"
Juwairiah ra berkahwin ketika usia 20 tahun dan meninggal dunia di usia 65 tahun.( pada Rabiul Awwal di Madinah)
9) UMMU HABIBAH RA
Ummu Habibah berkahwin dengan Ubaidullah bin Jusoh di Mekah. Mereka memeluk islam dan kemudian berpindah ke Abassina.
Satu malam, Ummu bermimpi melihat wajah suaminya buruk sekali, rupanya ia mendapat tahu suaminya telah menganut agama kristian.Jadi terpisahlah Ummu Habibah..
Beliau tinggal keseorangan.
Allah mengurniakan gantian,Nabi Muhamad SAW telah menghantar tawaran untuk berkahwin dengannya melalui Raja Negus. Raja mengutus seorang wanita bernama Abrahah untuk menyampaikan berita ini. Ummu gembira dan menerima tawaran.
Raja Negus mewakili nabi Muhamad SAW dalam upacara nikah.Wang sebanyak 400 dinar dan barang-barang lainnya sebagai mas kawin.Perkahwinan ini berlangsung pada 7 hijrah.
Raja Negus menghanrat Ummu Habibah ke Madinah.
Ummu Habibah dikatakan meninggal dunia pada tahun 44 hijrah.
(BERSAMBUNG)
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Banyakkan selawat,
Mencintai nabi SAW sepanjang hidup! (Syed Kadir Al Joofri- tv Hijrah)
No comments:
Post a Comment