Saturday, February 25, 2012

ISTERI NABI KITA SAW

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha pengasihani.

10) SAFIYYAH RA

Safiyyah ra ialah anak kepada Hai ketua Yahudi. dari keturunan Nabi Harun as. Beliau mulanya berkahwin dengan Salam bin Muskam dan kemudiannya dengan Kananah bin Abi Haqiq ketika di Kheybar. Kananah terbunuh di peperangan Kheybar dan Safiyyah di tawan orang islam.
Ketika Dalya Kalbi memohon kepada nabi Muhamad SAW seorang orang gaji, nabi SAW menyerahkan Safiyyah ra kepadanya. Apabila ini berlaku, para sahabat menemui nabi SAW mengatakan Bani Nazir dan Bani Quraizah (puak Yahudi) akan merasa tersinggung kerana anak perempuan ketua orang Yahudi dijadikan orang gaji.
Nabi SAW lantas memberi bayaran kepada Dahya sebagai wang tebusan kepada Safiyyah ra.Safiyah bebas. Sayifah boleh kembali kepada kaumnya atau berkahwin dengan nabi SAW.
Menurut Safiyah ra "Telah lama aku menunggu untuk bersama tuan sejak aku Yahudi lagi. Oleh itu bagaimana dapat aku meninggalkan tuan sekarang apabila aku telah menjadi  islam?"
Safiyyah pernah bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan matahari berada di dadanya.

Safiyyah ra berkahwin ketika berusia 17 tahun. Beliau meninggal dunia pada bulan ramadan tahun 50 hijrah dalam usia 60 tahun.

11) MAIMOONAH RA

Beliau ialah anak kepada Harith bin Hazan. Nama asalnya ialah Barah.
Sebelum berkahwin dengan nabi SAW, beliau berkahwin dengan  Aburehm bin Aduluzza.
Selepas kematian suaminya, nabi  SAW  mengahwininya di Sarat, sebuah tempat yang terletak di perjalanan nabi SAW ke Mekah.
Ketika berkahwin, Maimoonah berusia 35 tahun dan nabi Muhamad SAW  60 tahun.
Beliau meninggal ketika berusia 80 tahun di Sarat.

Aisyah ra berkata " Di antara isteri nabi, Maimoonahlah yang paling soleh dan amat menghormati dari karib hingga baidnya".

Yazid bin Asam berkata " Dia sentiasa kelihatan sibuk dengan solat atau tugas rumahtangga. Apabila dia tidak melakukan kedua-duanya. dia akan sibuk dengan miswak."

Maimoonah ra adalah wanita yang terakhir mengahwini nabi Muhamad SAW.


-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.

1 comment:

azieazah said...

Terimakasih berkongsi info.