Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
6)UMMU SALMAH RA
Ummu Salmah ra adalah anak Abu Umaiyah.
Mula berkahwin dengan Abdullah bin Abdul Asad yang dikenali juga dengan Abu Salmah ra.
Abu Salmah adalah orang yang ke sebelas memeluk islam.Mereka berpindah ke Abassina kerana menyelamatkan diri dari penganiayaan orang kafir Quraish.
Ummu Salmah mempunyai anak, Salmah (lelaki), Umar, Darah dan Zainab. Abu Salmah ra meninggal pada 8 hb Jamadul Akhir tahun 4 hijrah. Beliau menyertai perang Uhud dan Badar
Ketika Abu Bakar ra bercadang mengahwininya, beliau menolak.
Ketika Nabi Muhamad SAW berniat mengahwininya pula, beliau berkata"Wahai Rasullah SAW . Aku mempunyai beberapa anak bersamaku dan aku sangat mudah tersinggung. Tambahan pula semua orang-orangku berada di Mekah dan daku perlulah mendapat kebenaran mereka dahulu."
Nabi Muhamad SAW berkata maksudnya" Allah akan memelihara anak-anakmu dan menjaga perasaanmu yang mudah tersinggung mengenai merka itu. Tidak seorang pun dari orangorangmu yang akan membenci terhadap perkahwinan yang dicadangkan"
Nabi Muhamad SAW berkahwin dengan Ummu Salmah ra pada akhie Syawal tahun 4 hijrah.
Ummu Salmah ra adalah isteri nabi SAW yang terkemudian sekali meninggal dunia pada 62 hijrah ketika usia 84 tahun.
Perkahwinan beliau dengan nabi Muhamad SAW berlaku selepas kematian Zainab.
7) ZAINAB BINTI JASH RA
Beliau adalah sepupu nabi Muhamabd SAW.
Zainab ra telah dikahwinkan oleh nabi SAW dengan anak angkat nabi SAW , Zaid bin Harithah.
Perkahwinan itu berakhir dengan penceraian.
Setelah habis iddah, nabi Muhamad SAW menghantar cadangan mengahwininya. Doa Zainab ra di makbulkan bila Allah SWT menurunkan ayat 37 surah Al Ahzaab
Maksud ayat " ......Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya ( menceraikannya). Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk( mengahwini) isteri-isteri anak angkat mereka itu setelah ia menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi"
Zainab ra gembira dengan wahyu ini.Berkahwin ketika dalam usia 35 tahun dalam tahun 5 hijrah.
Zainab ra sangat bermurah hati untuk membelanjakan harta-hartanya ke jalan Allah. Beliau mencari nafkah sendiri dan membelajakan pendapatannya sebagai sedekah.
Nabi SAW telah meramalkan mengenainya yang maksudnya "Isteriku yang mempunyai tangan panjang akan mula sekali bertemu denganku selepas daku wafat"
Zainab ra kerapkali dalam keadaan berpuasa.
Meninggal duni pada tahun 20 hijrah ketika berusia 50 tahun Umar ra telah mengimami solat jenazah beliau.
(BERSAMBUNG)
-
Sebarkan salam dan semarakkan amal.
No comments:
Post a Comment