Thursday, February 9, 2012

14 JAM DI KELANTAN.


 24 Rabiul Awal 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Diriwayatkan drp Abu Hurairah ra bahawa Abdul Rahman bin Shakhr ra berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya 'apa pun yang aku larang kamu lakukan, maka jauhkanlah dan apa pun yang aku perintahkan kamu lakukanlah, maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh)
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)


 Malam, menerima berita adik makcik Ramlah kurang sihat.
Jestru, pagi-pagi kami ke Terminal Kajang, menjengah kot-kot tiket ke Kota Baru ada lagi.
Alhamdulillah, tiket jam 9.30 masih berbaki.
Harga dewasa RM46 dan umor 60 RM 33. Saya dan makcik Ramlah pun bertolak ke KB.
Hampir jam 7 kami tiba. adik ipar sudah menunggu.




Yazid daun pisang. Jom cuba?

Saya suka dengan suasana bandar Kota Baru. Bangunan baru tumbuh bagai cendawan. Cantik-cantik! Saya suka dengan bangunan berkubah..
Tenguk banner  - Islam dijunjung, Raja disanjung, rakyat dipayung.
Ada arah kiblat lagi..
Kami singgah di kedai nasi ulam.  Kami beli lauk saja.
Saya memilih ikan tongkol singgang, ikan lemuduk masak gulai, ikan rebus, ikan keli percik dan ayam masak paprik.
Semuanya hanya RM 13!
Ayam paprik tu sedap betul, rasanya masam-masam manis, ada bau daun limau purut
Ikan lemuduk tu saya tak pernah tau, rasanya sedap juga....

Terminal bas yang cantik berwarna merah. Sebelah tu Pakson dan Giant, pun ada kubah..





Lalu di sini mengingatkan saya kepada kubah nabi Rasulullah SAW
Ini Bazaar Tok Guru.
Ni pun Bazaar baru. Saya tak pernah lagi singgah ke sni.
Nama bazaar tu memikat hati saya...
Bas trannasional pun membawa Ust Don and the geng ke pantai timur.

Hanya satu malam  di sana. Sempatlah berjumpa adik makcik Ramlah. Pagi saya pun balik .
Terimakasih kepada Sdr Mat Yatim, cikgu Radziah dan Adlina yang 'bertugas' menghantar saya pergi balik.
Sempat lagi pagi-pagi ke Pintu Gerbang untuk membeli laksa dan laksam. Murah! Laksam  7 gulung hanya RM 2.50.
Laksa sekilo RM 2 sahaja. Rasa nak borong...


Perjalanan pergi dan baik pasti akan singgah di kedai ini.
Kedai ini nampak biasa saja.
Ada surau.
Ada tandas.( 20 untuk lelaki dan 20 untuk perempuan) Kena bayar 30 sen.

Saya ambil peluang berbual-bual dengan tuanpunya kedai.
Beliau membeli tanah di sini, membina kedai dan memonopoli  persinggahan bas express.
30 bas untuk makan tengah hari dan 30 bas malam.
(hehe kiralah duit dia....)
-
Alhamdulillah.

Sebarkan salam dan semarakkan amal.
Jom selawat!

7 comments:

kaknor tmj said...

salam Ju,

murahnya makanan kat KB ye, bangunan Tuan Padang tu kepunyaan bapa Ustaz Syed Mohd Norhisyam ke?

azieazah said...

Memang tak puas berjalan jika hanya sehari semalam di KB.

Awal Jan dulu, saya singgah juga Pasar Siti Khadijah, dan beberapa tempat di KB. Makan juga Nasi ulam Cikgu tu.

Bazaar Tok Guru singgah, cantik dan bersih. Bazaar Padang tu jer tak sempat.

Semua murah kan? Saya pun suka bentuk bangunan, dan setiap iklan ada tulisan Jawi.

Bas PERDANA pun ada port hentian sendiri ya. Saya haritu naik SANI, pun berenti di port Sani Cafe sahaja. Memang lumayan bisnes depa.

nanie said...

Meme murahh d klate ni,di bumi ini keberkatannya ada..advance mc jue,nani pn blum sampai ke stgh tempat yg makcik jue lawat tu,menarik jg tu. . . Byk bjalan luas pengalaman

Rumah Kuning said...

pintu gerbang tu dekat ngan rumah saya. memang tempat kitorang beli laksa.

Kakzakie said...

Kubah hijau tu benar mengingatkan kita pada kubah di Masjid Nabawi... Bagus kan Kelantan... terasalah Islamic dimana-mana hatta kat bas dan bangunan yg berkubah tu...

eelobor said...

salam, terima kasih kerana singgah. Insya Allah, minggu depan pun saya nak balik ke KB untuk sehari, terus ke Kedah & balik KL dalam masa 3 ari. penat jugak tuh..... apapun, bila membaca entri nie, lagi la tak sabar nak tunggu ari kamis depan, walaupun masa di KB nanti tak sampai sehari pun singgah

kakcik said...

Saya juga suka KB. Tenang dan mendamaikan. :)