Thursday, February 9, 2012

SAMBIL-SAMBIL TENGUK ULAR !


16 Rabiul Awal 1433
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
'Sesiapa melakukan amal yang baik, maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya'
(Maksud ayat 60 surah Al An-am)

Lokasi- kedai makan Klasik Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat. (Hadapan rumah emak.)
Menu- Sup Gear Box

Bla adik beradik berkumpul di kampung,  ini adalah salah satu agenda kami....
Cikgu Kadir (Pemangku Pengetua Sekolah Tinggi Segamat) dan cikgu Radziah (PK  KK) sedang menjamu selera.

.
Cikgu Kadir sedang menghulurkan roti kepada saya. Hehe dia tak tau saya  dah  kenyang dengan nasi goreng di meja  hujung sana.
Makan sambil tenguk ular sawa!
Sdr Amin tuan punya kedai membela ular ini. Dia membelai dan membesihkan ular   ini.
Saya terlihat ular ini membuang najisnya di celah-celah sisiknya. Ada sisa-sisa kulit yang tanggal.
Nilah bersalin kulit agaknya....
Mula-mula takut...

Makin ramai. Masing-masing nak memegang!

Muzaffar Razi terpesona. Boleh pegang dengan syarat  kepala ular  di jaga rapi...



Aiman Jamaludin dan Ali Hafiz.


Emak-emak pun cuba....
Seekor ular  dan  kegembiraan seisi keluarga!

Terimakasih kepada Sdr Amin.

sebarkan salam dan semarakkan amal.
Banyak-banyaklah kita berselawat ke atas Rasulullah saw.

2 comments:

Kakzakie said...

Assalamu'alaikum Kak Ju,

Kalau dari sekolah agama Bugisiah jauh tak Kak Ju restoran ini? Kakak lalu selalu nampak nasi ayam je...

Heee.... ular tu kalau kakak memang tak berani. Tengok budak-budak macam tak geli heee takutnya kakak.....

sonata anak kancil said...

Assalamualaikum - tak pergi la saya ke restoren ini - nak makan pun tak lalu ! geli geman tengok ular ni !